Selesaikan isu penempatan pelajar secara serius dan segera

The Issue

Isu penempatan mahasiswa di kolej kediaman telah lama dibangkitkan untuk mendapat perhatian pihak pentadbiran. Namun sehingga pengambilan sesi 2022/2023, masalah sama masih berulang malah para pelajar tidak melihat sebarang usaha serius dan progresif yang diambil oleh pihak pentadbiran UKM, Pusat Perumahan Pelajar (PPP) dan KMUKM sendiri

Inisiatif ini dimulakan oleh mahasiswa/i yang tidak mendapat penempatan kolej. Oleh itu, petisyen ini bertujuan untuk menjadi 'wake up call' kepada pentadbiran agar menyedari bahawa para pelajar amat terkesan dengan masalah ini terutamanya dalam aspek ekonomi. Kami mendapati bahawa masalah pengurusan penempatan pelajar adalah seperti berikut:

1. Sistem pemilihan yang tidak telus

PPP gagal menyediakan suatu sistem pemilihan penempatan yang berpusat untuk menilai aspek penglibatan pelajar secara menyeluruh. Malah, KMUKM dalam sesi Townhall bertarikh 3 Julai 2022 membentangkan kerjasama bersama PPP untuk membentuk sistem yang boleh digunapakai pada sesi kali ini, namun semuanya DUSTA! Kriteria pemilihan pelajar masih tidak jelas meskipun pelajar terlibat aktif, terdiri daripada keluarga B40 dan memegang jawatan-jawatan penting di Universiti atau Fakulti. Disebabkan kelemahan sistem sedia ada ini, kami menyedari wujud pula risiko salah guna kuasa oleh pihak Felo dan Pengetua dalam memilih pelajar untuk mendiami kolej walhal perkara ini dapat dielakkan sekiranya kita mempunyai sistem yang cekap.

2. Jumlah pengambilan pelajar yang berlebihan

Pihak pentadbiran universiti amat berbesar hati untuk melihat jumlah kemasukan pelajar tahun 1 yang meningkat saban tahun tanpa menyedari situasi ini memberi implikasi buruk kepada pelajar-pelajar tahun 2,3,4 dan 5 kerana ketidakmampuan universiti menampung jumlah pelajar yang berlebihan. Impaknya, keperluan asas iaitu penempatan para pelajar tahun 2,3,4 dan 5 yang tidak mendapat kolej diabaikan begitu sahaja seolah-seolah ia bukan sebahagian daripada tanggungjawab pihak pentadbiran untuk mencari solusi.

3. Kegagalan menyediakan penempatan alternatif

Pihak PPP mahupun KMUKM seolah-olah tidak peka dengan masalah kolej ini, justeru tiada usaha yang jelas untuk menyegerakan penyediaan penempatan alternatif kepada pelajar misalnya menyediakan sistem rumah sewa KMUKM dengan ikat jamin harga yang mampu milik dan lokasi yang strategik atau membuka semula penempatan luar kampus seperti yang telah dimiliki sebelum pandemik iaitu Pangsapuri UKM, Taman Tenaga dan di Bandar Baru Bangi.

Kesimpulannya, kami mendesak pihak pentadbiran untuk mengambil serius masalah ini memandangkan ia menjejaskan keperluan asasi pelajar termasuklah isu pengangkutan dan kos sara diri yang akan meningkat secara mendadak disebabkan masalah ini.

Ayuh tandatangan petisyen ini untuk dibawa ke pihak pentadbiran. Kongsikan pendapat/ketidakpuasan hati anda atau bagaimana masalah ini menjejaskan anda

This petition had 1,309 supporters

The Decision Makers

En. Mohd Firdaus bin Yahaya
En. Mohd Firdaus bin Yahaya
Pengarah Pusat Perumahan Pelajar (PPP), UKM
Prof. Dato' Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 5 September 2022