Berikan kebebasan kepada Orang Kurang Upaya. Hentikan Projek JKMPAY!

Berikan kebebasan kepada Orang Kurang Upaya. Hentikan Projek JKMPAY!
Why this petition matters
JKMPay merupakan pembayaran bantuan bulanan JKM (jabatan kebajikan masyarakat) secara tanpa tunai (cashless).
Melalui kaedah ini, penerima bantuan akan menerima 50% daripada jumlah kadar bantuan yang diluluskan dan akan direditkan ke dalam kad atm/debit bank islam. Manakala 50% lagi akan dimasukkan ke dalam kad cashless JKMPay.
Sebagai permulaan, penerima kad JKMPay hanya boleh berbelanja untuk barang keperluan asas, keperluan harian dan ubat-ubatan di kedai-kedai yang berdaftar dengan bank islam sahaja. Pembelian yang tidak tersenarai dalam maklumat barang keperluan tidak dibenarkan untuk menggunakan kad cashless jkmpay.
- Kami ingin menyatakan KETIDAKSETUJUAN terhadap pelaksanaan Projek Perintis Bayaran Bantuan Bulanan Tanpa Tunai yang juga dikenali sebagai JKMPay, yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). EPOKU adalah elaun OKU yang diwujudkan sejak 1984 dan merupakan pendapatan stabil bagi OKU. Ia biasanya digunakan untuk sewa, pengangkutan, simpanan dan keperluan asas. Perlu diambil perhatian bahawa, OKU yang berdaftar akan menerima RM450 sebagai elaun bulanan hanya jika pendapatan keseluruhannya berada pada atau di bawah RM1500.00. Sekiranya pendapatan bulanan melebihi jumlah tersebut, mereka dikira tidak layak untuk menerima bantuan elaun EPOKU. Selain itu, tidak semua OKU mempunyai pendapatan tetap.
- Dengan pelaksanaan JKMPay, ia membataskan dan menyekat kebebasan untuk menggunakan elaun OKU. Elaun OKU adalah untuk kegunaan keperluan, penyimpanan masa depan dan apa saja yang diperlu oleh individu tersebut.
- Tidak semua OKU yang menerima bantuan EPOKU mempunyai kebolehan atau kemampuan menggunakan sistem JKMPay yang kompleks. Ia boleh menyebabkan elaun yang diberi dalam Kad JKMPay tidak diguna sepenuhnya atau disalahguna. Oleh kerana ada pelbagai batasan dari segi fizikal, logistik dan kekurangan infrastruktur bagi golongan kurang upaya di Malaysia, kami yakin penggunaan JKMPay akan mendatangkan lebih banyak kesukaran
- Kami menggesa projek rintis JKMpay diguna TANPA menggunakan elaun EPOKU yang sedia ada. Bagi menguji system penggunaan JKMPay, langkah permulaan terbaik adalah pihak kerajaan perlulah mengkreditkan amaun saperti RM50 tambahan sebagai ujian sahaja.
JKMPay harus diMANSUHkan dengan serta merta agar perkara ini tidak terus menindas golongan OKU. Kami juga menggesa kajian mendalam dan perbincangan bersama komuniti OKU perlu diadakan untuk lebih memahami, membantu dan menjaga keperluan OKU dimasa kini.