Rakyat bakal kehilangan kerja dan pendapatan! Hentikan Rangkaian Borong Tunggal (SWN) 5G!!

The Issue

Kami Rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum di sektor telekomunikasi negara ada mengikuti perkembangan perlaksanaan 5G dengan rapat tapi penuh dengan kebimbangan. Ini kerana, di dalam satu kenyataan akhbar oleh syarikat Digital Nasional Berhad (DNB), mereka ada menyatakan hanya akan mengunapakai 600 tenaga kerja untuk jangka masa 10 tahun yang akan datang bagi membangunkan infrastruktur digital 5G negara.

Ini amatlah mengusarkan jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan tenaga kerja sektor telekomunikasi negara yang telah mencecah lebih 50 ribu orang termasuk jurutera, juruteknik, pengurusan projek dan pekerja lapangan. Hampir pasti sebahagian besar tenaga kerja teknikal akan ditamatkan perkhidmatan sekiranya Kerajaan masih ingin meneruskan model pembangunan 5G menerusi Rangkaian Borong Tunggal (SWN) yang telah sedia maklum adalah model monopoli. 

Penamatan perkhidmatan tenaga kerja teknikal ini akan memberi kesan kepada puluhan ribu ahli keluarga kami. Untuk makluman, kami telah berkhidmat dan menyumbang lebih dari 25 tahun dalam membina rangkaian telekomunikasi negara sejak tahun 90an, dari teknologi 2G, 3G, 4G dan gentian optik.

Ini tidak termasuk risiko kehilangan pendapatan dari hasil sewaan tapak bulanan kepada lebih 30 ribu pemilik tanah dan bangunan seluruh negara, termasuk 300 pembekal kemudahan rangkaian (NFP) yang rata-ratanya terdiri dari syarikat Bumiputera dan juga 12 syarikat sokongan negeri (SBC) yang menyumbang pendapatan kepada Kerajaan Negeri serta 10 ribu tenaga kerja selama lebih dari 15 tahun. Disamping itu, pekerja-pekerja dari pembekal peralatan telekomunikasi (vendor), perunding, pengilang dan ratusan kontraktor yang terlibat secara langsung dan tidak secara langsung juga akan kehilangan kerja dan sumber pendapatan.

Jika model monopoli ini diteruskan, syarikat-syarikat di atas hampir pasti akan gulung tikar akibat kesukaran untuk menampung kos operasi oleh kerana ketiadaan projek baru disebabkan permintaan yang terhad dan ditambah pula dengan penamatan perjanjian sewaan tapak.

Kesemua di atas sangatlah menakutkan kami dan ditambah pula dengan krisis ekonomi dunia dan pasca Covid-19 yang sangat tidak menentu.

Di samping itu, kami juga berasa amat bimbang kerana cara perlaksanaan 5G Malaysia di lihat bertentang arus jika dibandingkan dengan negara-negara yang telah terdahulu melaksanakan 5G. Kesemua mereka tahu tentang keperluan lebih dari satu rangkaian fizikal 5G bagi memastikan kepengunaan misi kritikal dan jaminan keselamatan siber negara tidak terganggu gugat. Ini amat penting terutama bagi aplikasi-aplikasi di sektor keselamatan, perubatan, pengangkutan, urus takbir negara dan perkhidmatan yang memerlukan 24x7 tanpa gangguan. Rangkaian Borong Tunggal (SWN) tidak memenuhi keperluan mandatori dua (2) rangkaian fizikal yang berasingan untuk mengelakkan kegagalan-titik-tunggal (single point of failure) dari berlaku. Ketiadaan ini boleh memudaratkan urusan kehidupan harian rakyat, perkhidmatan perniagaan, kebimbangan pelabur asing bahkan juga keselamatan negara secara keseluruhanya.

Kami dengan ini ingin menegaskan agar Rangkaian Borong Tunggal (SWN) 5G mesti dihentikan serta merta supaya kebajikan rakyat jelata terpelihara dan keselamatan, kedaulatan, keharmonian negara yang kami cintai tidak dimusnahkan oleh golongan yang berkepentingan dengan menidakkan pengalaman syarikat serta tenaga kerja mahir yang telah sekian lama berkhidmat dalam membangunkan rangkaian infrastruktur telekomunikasi negara.

Kami memohon kebijaksanaan Yang Di Pertuan Agong dan YAB Perdana Menteri serta pihak Kerajaan agar dapat melihat isu ini secara holistik dengan mengambil pandangan semua pihak termasuk kami; puluhan ribu warga kerja sektor  telekomunikasi dan ratusan ribu keluarga yang mana adalah  sebahagian dari Keluarga Malaysia.

avatar of the starter
Abdul Rauf OthmanPetition StarterTech Investing. Post Colonial angst.
This petition had 2,683 supporters

Petition updates