BANTAHAN PENGGABUNGAN UMT-UNISZA!

BANTAHAN PENGGABUNGAN UMT-UNISZA!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga dan alumni Universiti Malaysia Terengganu.
Seribu satu kehebatan UMT? Sediakah anda berkongsi?
PULAU BIDONG? RV DISCOVERY? Pantai UMT?
Kami UMT selamanya, itu perjuangan kami!
Kita masih muda, kita tidak perlu mengalah. Sudah banyak yang kita korbankan untuk sampai ke tahap ini dan penggabungan ini bukan penyelesaian untuk segala kemelut.
Kami senaraikan perkara-perkara utama untuk bantahan gabungan ini:
1. UMT dan UniSZA akan hilang identiti universiti masing-masing. Hal ini kerana UMT merupakan universiti yang berfokus ke arah kelautan dan UMT akan lenyap terus memandangkan UNiSZA akan memonopoli hierarki tertinggi.
2. Teras penubuhan dan bidang tumpuan kedua-dua universiti adalah berbeza dan akan menyebabkan kecelaruan apabila digabungkan. Perancangan hala tuju masa depan dalam bidang tumpuan masing-masing dikhuatiri akan terjejas teruk dan terpaksa dilakukan semula dari awal. Adalah satu kerugian sekiranya perancangan rapi selama bertahun-tahun terkubur begitu sahaja.
3. Penggabungan dua universiti ini kelak akan menjejaskan status graduan UMT yang masih belum terima pekerjaan di luar sana malah pandangan syarikat terhadap graduan UMT akan menurun. Sedangkan UMT telah dikenali dalam industri maritim. Semestinya pelajar yang bakal bergraduat pada tahun ini dan akan datang akan merasai perkara yg sama.
4. Penggabungan ini akan mengakibatkan ramai kakitangan UMT bakal kehilangan pekerjaan mereka kerana pertindihan tugas dan penjimatan kos pembayaran gaji kakitangan universiti.
Justeru, pihak kami memerlukan bantuan dan sokongan padu daripada anda supaya UMT terus megah berdiri dengan sendirinya dan terus meneroka ilmu seluas lautan.
Sekian terima kasih.#KamuUMTSelamanya