Kenapa Abaya tidak diiktiraf pakaian tradisional?

The Issue

Bertemakan “ Kaamatan membudayakan Perpaduan” pada tahun 2023, perayaan yang meriah ini digegarkan dengan satu kenyataan daripada orang kuat Kadazan Dusun Cultural Association Sabah (KDCA) dan Unduk Ngadau Kaamatan (UNK). Beliau menyatakan bahawa Jawatankuasa UNK Negeri tidak mengiktiraf Abaya sebagai pakaian tradisional pada tahun ini.
Kenyataan yang dikeluarkan di akhbar tempatan pada 30 Mei 2023, sehari sebelum pertandingan peringkat akhir UNK Negeri diadakan, agak mengejutkan kerana pakaian yang mana seperti dalam pernyataan beliau sendiri mulai menjadi trend apabila UNK Negeri 2019 memakai ‘ Kubaya Tungkat’ pada peringkat akhir pertandingan, kini tidak lagi diiktiraf oleh Jawatankuasa UNK pada tahun 2023 sebagai pakaian tradisional.
Apa yang telah terjadi selama 5 tahun ini? Kenapa baru sekarang Jawatankuasa berkenaan mengeluarkan pernyataan seperti ini apabila terdapat inisiatif-inisiatif aktif yang dibuat untuk lebih mengenali pakaian “harian” ini? Merujuk kepada kenyataan beliau- “Apabila saya melihat gambar lama nenek saya, ya, mereka telah memakainya (Abaya) tetapi hanya sebagai pakaian harian..”?
Oleh itu petition ini menyeru beberapa tindakan daripada pihak KDCA dan Jawatankuasa UNK Negeri atas pernyataan yang agak mengejutkan ini.
1 .Maklumat penuh hasil kajian dan rekod jawatankuasa mengenai Abaya dan pakaian-pakaian tradisional lain perlu dikongsikan kepada pihak umum untuk memastikan semua pakaian ‘tradisional’ yang dipertandingkan turut dinilai mengikut standard Jawatankuasa UNK Negeri.
“Pakaian tradisional mesti mempunyai cerita di sebaliknya sama ada cara ia dibuat atau jahitannya”
“Selepas jawatankuasa membuat kajian, kami tidak menemui sebarang cerita atau rekod terbukti mengenai Abaya.”
Merujuk kepada dua pernyataan beliau ini, petition ini ingin menyeru kepada pendedahan penuh hasil kajian dan rekod jawatankuasa mengenai Abaya dan semua pakaian tradisional lain yang diperagakan semasa UNK Negeri. Hal ini adalah untuk memastikan standard yang sama digunakan untuk mengadili kelayakan semua pakaian yang lain dan menepati kriteria pengiktirafan sebagai pakaian tradisi berdasarkan ketetapan jawatankuasa UNK Negeri. Diharapkan agar melalui pendedahan hasil kajian dan dokumentasi oleh pihak KDCA dan jawatankuasa UNK serba sedikit dapat memberi panduan kepada masyarakat dan menggalakkan masyarakat untuk turut berpartisipasi dalam usaha memelihara tradisi dan budaya.
Memandangkan budaya dan tradisi bukanlah milik sesebuah organisasi belaka, maka pendedahan berkaitan kajian ini juga akan membantu dalam proses “ feedbacking from grass-root” dan juga menggalakkan perkongsian maklumat dan pengetahuan.
Di samping itu, dengan pendedahan kajian ini, diharapkan ia turut membantu memberi kefahaman kepada komuniti dan peserta UNK yang sudah merancang untuk memperagakan busana abaya di pertandingan peringkat akhir UNK 2023. Seperti dalam ungkapan bahasa Dusun “sumonong sunduan”, diharap dengan pendedahan hasil kajian ini akan turut menjaga semangat perpaduan dan kesatuan KDMR.
2. Maklumat penuh inisiatif KDCA dan Jawatankuasa UNK dalam menyokong komuniti yang mempunyai usaha mengkaji pakaian tradisional etnik mereka masing-masing dikongsikan dan diwar-warkan kepada umum.
“Saya memberitahunya bahawa dia perlu membuat lebih banyak penyelidikan mengenai kostum itu dan merujuk kepada muzium untuk melihat sama ada terdapat sebarang rekod mengenainya,”
Merujuk kepada kenyataan beliau berkaitan perlunya usaha daripada UNK Negeri 2019 ini untuk meneliti pakaian yang diperagakan pada 2019 maka, petition ini menyeru maklumat penuh inisiatif sedia ada dan yang akan datang oleh pihak KDCA dalam menyokong komuniti KDMR dalam memastikan kajian tentang pakaian tradisional etnik masing-masing mendapat sokongan seperti geran kajian, panduan dokumentasi, kepakaran dan terutama sekali bimbingan dari pihak KDCA sendiri, dll.
Hal ini kerana dengan sokongan daripada dua entiti besar dalam pemeliharaan warisan tradisi KDMR dapat memastikan keaslian sesuatu warisan tradisi tersebut. Selain itu, seiringan tema Kaamatan Membudayakan Perpaduan, usaha memelihara warisan tradisi seperti pakaian tradisional memerlukan usaha kolektif semua pihak dan tidak bergantung kepada individu saja. Diharapkan dengan maklumat ini dapat meningkatkan dan menggalakkan penglibatan individu, kumpulan dan pakar dapat menanam usaha dan menuai hasil untuk memastikan warisan turun-temurun KDMR terus terpelihara.
3. Mempromosikan standard dokumentasi yang telus, menyeluruh dan global dalam mendokumentasikan warisan tradisi KDMR- seperti pakaian tradisional untuk mengelakkan kekeliruan sebegini.
“ Pakaian tradisional mesti mempunyai cerita di sebaliknya sama ada cara ia dibuat atau jahitannya”
Merujuk kepada pernyataan beliau ini, oleh itu petition ini menyarankan dasar tersebut boleh mengambil kira kriteria dan langkah-langkah berikut:
- Penggunaan definisi busana tradisional yang lebih standard dan tidak terhad kepada cerita di sebalik cara ia dibuat atau jahitannya. Sebagai contoh, Busana Tradisional adalah satu cara dan etika berpakaian oleh sesebuah komuniti masyarakat dan etnik pelbagai kaum. Busana tradisi mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadi perlambangan atau identiti sesebuah masyarakat berdasarkan kepercayaan agama dan amalan serta aktiviti seharian mereka-Busana Tradisional JKKN
- Memanfaatkan akses maklumat tanpa batas dan mencontohi inisiatif-inisitaif orang asal di seluruh dunia dalam mendokumentasikan pengetahuan tradisi sebagai contoh dokumen (1) dan (2) ke arah pengiktirafan busana tradisional etnik-etnik KDMR sebagai intangible cultural heritage (rujuk: What is Intangible Cultural Heritage?)

Petition Closed
Share this petition
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 30 May 2023