Desakan Untuk Membenarkan TADIKA beroperasi semula semasa PKPB

0 have signed. Let’s get to 10,000!


1. Kami mewakili ibu bapa, pendidik-pendidik dan juga pengusaha TADIKA mahu Majlis Keselamatan Negara memberi kebenaran bagi TADIKA di Malaysia untuk mulakan operasi dengan kadar segera.


2. Dalam tempoh PKPB, para ibu bapa perlu bekerja dari rumah atau selang seli masuk ke pejabat. Yang lebih menyukarkan apabila terdapat ibubapa yang tidak mendapat kebenaran WFH dan perlu masuk ke pejabat setiap hari. Segelintir ibubapa terpaksa juga mengambil cuti tanpa gaji sepanjang tempoh PKPB ini apabila TADIKA di tutup. Bagi ibu bapa yang WFH pula, mereka tidak dapat fokus bekerja sambil menjaga anak di rumah. Anak yang dibawa ke tempat kerja juga lebih berisiko dan sukar ibu bapa untuk melaksanakan tugasan dengan baik.


3. Ibubapa perlu membayar sebahagian yuran TADIKA dan terpaksa juga membayar yuran tambahan kepada pengasuh harian bagi menjaga anak anak semasa bekerja. Pengasuh harian juga kebanyakannya tiada sijil pagajian.


4. Setiap ibu bapa mahukan anak anak mendapatkan penjagaan yang baik dan tidak mahu mereka ketinggalan. Pendidik TADIKA lebih terlatih untuk menjaga anak-anak.


5. Diharap TADIKA diberi kebenaran untuk beroperasi seperti sebelum ini; iaitu apabila dibenarkan beroperasi semasa PKPB.


6. Bagi guru-guru TADIKA pula, mereka bakal berdepan dengan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Hanya sebahagian sahaja pengusaha TADIKA yang masih cuba bertahan, namun ramai juga diantara pekerja yang terpaksa diberhentikan atau diarah cuti tanpa gaji dalam tempoh PKP ini.


7. Ada diantara pekerja yang perlu menanggung ahli keluarga yang juga terjejas sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19 ini. Sekiranya pendidik di TADIKA juga kehilangan pekerjaan, pendapatan isi rumah yang sebahagian besarnya merupakan golongan B40 terjejas teruk.


8. TADIKA akan menjaga dan memastikan kesihatan mental anak-anak berada dalam keadaan baik. Ramai ibu bapa yang menghadapi masalah untuk menjaga dan mengajar anak di rumah sementara mereka perlu bekerja dari rumah (WFH). Besar kemungkinan anak akan dimarah, tidak dihiraukan atau lebih teruk lagi dipukul.

9. Bagi anak yang dihantar ke rumah pengasuh baharu, emosi anak-anak akan terganggu. Ada anak yang menangis mahu pergi ke TADIKA semula; berjumpa cikgu yang telah mereka kenali. Anak-anak amat sensitif dan mudah trauma sekiranya keadaan ini berlarutan. Pendidik di TADIKA lebih terlatih dan mendidik anak-anak yang tidak dapat belajar secara online dalam masa PKPB.

10. Pengusaha TADIKA amat memahami SOP yang ketat yang perlu dilaksanakan di TADIKA dan kami sanggup menurutinya demi tanggungjawab menjaga anak-anak dan juga kelangsungan hidup pendidik-pendidik.

11. Sebagai pengusaha apabila kami tidak beroperasi, perniagaan kami akan ditutup kerana sudah tidak mampu menanggung kos pengoperasian dan pekerja akan hilang sumber pendapatan.

12. Para pengusaha yang berkenaan dengan pendidikan telah mengalami cabaran mendadak selaku perlaksanaan MCO. Di mana 4 bulan sejak March ke July telah tutup tanpa beroperasi, malahan penutupan berulang sekali sejak 1 Nov dan tiada informasi pembukaan operasi semula. Tiada pengurusan pendidikan yang dapat mengekalkan pusat mereka selepas penutupan kali kedua ini.

13. TADIKA adalah institusi yang sangat penting. Jika banyak TADIKA ditutup kerana sudah tidak boleh menampung kos pengoperasian, ibu bapa tiada tempat yang selamat untuk menghantar anak sewaktu mereka keluar bekerja.

14. Oleh itu, kami memohon pertimbangan dari Majlis Keselamatan Negara untuk berbincang dengan Kementiran Pendidikan Malaysia dan menyedari bahawa perkhidmatan TADIKA juga merupakan satu keperluan utama di waktu krisis global ini. Produktiviti yang berkualiti datang dari minda yang tenang. Ibu bapa akan merasa lebih tenang dan gembira bekerja apabila anak mereka ditempatkan di TADIKA yang selamat.

———————————————————

Petition ini dibuat oleh wakil pengusaha-pengusaha TADIKA seluruh Malaysia.

Petition ini dibuat setelah mendengar keluhan ibu bapa, pendidik TADIKA, pengusaha TADIKA berikutan penutupan TADIKA semasa PKPB.