Desakan Untuk Membenarkan TADIKA di zon selamat beroperasi semula semasa PKPB

This petition had 12 supporters

The Issue

1. Kami mewakili ibu bapa, pendidik-pendidik dan juga pengusaha TADIKA mahu KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA memberi kebenaran bagi TADIKA di Malaysia untuk mulakan operasi dengan kadar segera di zon selamat semasa PKPB.

2. Dalam tempoh PKPB Kedah para ibu bapa perlu bekerja dari rumah atau selang seli masuk ke pejabat. Yang lebih menyukarkan apabila terdapat ibu bapa yang tidak mendapat kebenaran WFH dan perlu masuk ke pejabat setiap hari. Segelintir ibu bapa terpaksa juga mengambil cuti tanpa gaji sepanjang tempoh PKPB ini apabila TADIKA di tutup. Bagi ibu bapa yang WFH pula, mereka tidak dapat fokus bekerja sambil menjaga anak di rumah. Anak yang dibawa ke tempat kerja juga lebih berisiko dan sukar ibu bapa untuk melaksanakan tugasan dengan baik.


3. Ibu bapa perlu membayar sebahagian yuran TADIKA dan terpaksa juga membayar yuran tambahan kepada pengasuh harian bagi menjaga anak anak semasa bekerja. Pengasuh harian juga kebanyakannya tiada sijil kelayakan pengasuh (KAP).


4. Setiap ibu bapa mahukan anak anak mendapatkan penjagaan yang baik dan tidak mahu mereka ketinggalan. Pendidik TADIKA lebih terlatih untuk mendidik anak-anak.


5. Diharap TADIKA diberi kebenaran untuk beroperasi seperti sebelum ini; iaitu apabila dibenarkan beroperasi semasa PKPP pada 1 Julai yang lalu.


6. Bagi guru-guru TADIKA pula, mereka bakal berdepan dengan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Hanya sebahagian sahaja pengusaha TADIKA yang masih cuba bertahan, namun ramai juga diantara pekerja yang terpaksa diberhentikan atau diarah cuti tanpa gaji dalam tempoh PKP ini.


7. Ada di antara pekerja yang perlu menanggung ahli keluarga yang juga terjejas sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19 ini. Sekiranya pendidik di TADIKA juga kehilangan pekerjaan, pendapatan isi rumah yang sebahagian besarnya merupakan golongan B40 terjejas teruk.


8. TADIKA akan menjaga dan memastikan kesihatan mental anak-anak kecil berada dalam keadaan baik. Ramai ibu bapa yang menghadapi masalah untuk menjaga dan mengawal anak di rumah sementara mereka perlu bekerja dari rumah (WFH). Besar kemungkinan anak akan dimarah, tidak dihiraukan atau lebih teruk lagi dipukul.

9. Bagi anak yang dihantar ke rumah pengasuh baharu, emosi anak-anak akan terganggu. Ada anak yang menangis mahu pergi ke TADIKA semula; berjumpa cikgu yang telah mereka kenali. Anak-anak kecil amat sensitif dan mudah trauma sekiranya keadaan ini berlarutan. Pendidik di TADIKA lebih terlatih dalam mengendalikan emosi anak-anak.

10. Pengusaha TADIKA amat memahami SOP yang ketat yang perlu dilaksanakan di TADIKA dan kami sanggup menurutinya demi tenggungjawab menjaga anak-anak dan juga kelangsungan hidup pendidik-pendidik.

11. Sebagai pengusaha apabila kami tidak beroperasi, perniagaan kami akan ditutup kerana sudah tidak mampu menanggung kos pengoperasian dan pekerja akan hilang sumber pendapatan.

12. Banyak TADIKA yang terpaksa ‘gulung tikar’ sejak Mei sehingga hari ini. Ada yang mengalami gangguan depresi akibat hal ini. Mereka tiada sumber pendapatan dan terpaksa menanggung kerugian serta bebanan hutang. 

13. TADIKA adalah institusi yang sangat penting. Jika banyak TADIKA ditutup kerana sudah tidak boleh menampung kos pengoperasian, ibu bapa tiada tempat yang selamat untuk menghantar anak sewaktu mereka keluar bekerja dan kuota di prasekolah kerajaan juga amat terhad.

14. Majlis Kebangsaan Negara telah memberi kebenaran untuk TADIKA beroperasi namun tertakluk kepada kelulusan dan kebenaran oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Jabatan Pendidikan Negeri pula memaklumkan semua kelulusan adalah tertakluk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, kami memohon pertimbangan untuk memberikan kami kelulusan untuk beroperasi memandangkan perkhidmatan TADIKA juga merupakan satu keperluan utama di waktu krisis global ini. Produktiviti yang berkualiti datang dari minda yang tenang. Ibu bapa akan merasa lebih tenang dan gembira bekerja apabila anak mereka ditempatkan di TADIKA yang selamat.

———————————————————

Petition ini dibuat oleh wakil pengusaha-pengusaha di NEGERI KEDAH secara khususnya.

Petition ini dibuat setelah mendengar keluhan ibu bapa, pendidik TADIKA, pengusaha TADIKA berikutan penutupan TADIKA semasa PKPB dilaksanakan di kawasan Kedah.

avatar of the starter
Tadika Kembara BijakPetition Starter

The Decision Makers

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Petition Updates