Buka Semula Kolam Pancing Di Malaysia
The Issue
Kami Pemancing Malaysia juga harus diberi keutamaan bukan sekadar sukan golf sahaja di beri kebenaran dan kelebihan untuk memulakan beroperasi ketika PKPB ini, kami wakil dari Pemancing Malaysia ingin kerajaan menilai semula bahawa kami juga mempunya ahli pemancing yang ramai di seluruh Malaysia. kami warga dan ahli Pemancing Kolam Pancing Malaysia berjanji akan mematuhi setiap S.O.P PKPB yang telah di tetapkan oleh Kerajaan Malaysia termasuk Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) Jabatan Perikanan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ), Polis Di Raja Malaysia ( PDRM ) dan badan-badan yang berkaitan.
1) Impak Kepada Pemancing-pemancing di Malaysia
Kami peminat sukan memancing Kolam di Malaysia memohon agar membenarkan kolam pancing beroperasi kembali bagi memenuhi masa lapang kami untuk aktiviti riadah yang berfaedah antara kebaikkan aktiviti memancing bagi kami adalah :
- Mengurangkan Stress / Tekanan Kerja
- Tempat mencari lauk sampingan
- Sebagai aktiviti rekreasi yang berfaedah
- Sumber pendapatan / Pendapatan sampingan
- dan lain-lain
2) Impak Kepada Pemilik Kolam Pancing Malaysia
Tujuan pembukaan semula perniagaan kolam pancing kami semula adalah kerana bebanan yang kami terpaksa hadapi seperti kehilangan sumber pendapatan dan beberapa kos besar yang pemilik terpaksa tanggung, di samping merancakkan ekonomi negara yang ketika ini susut untuk pengetahuan rakyat Malaysia, wujud lebih daripada 100 buah kolam pancing di seluruh Malaysia melalui data yang kami dapat. Pembukaan semula kolam pancing juga mampu memberi impak pendapatan kepada beberapa pembekal yang berkaitan seperti pembekal ikan secara pukal, pembekal makanan ikan, pembekal peralatan memancing dan lain-lain.
Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, kos besar yang Pemilik Kolam Pancing Malaysia tanggung ketika ini adalah seperti :
Kos Gaji Pekerja,
Kos Sewaan Kolam
Kos Bil Air Dan Api,
Kos Selenggara Kolam
Kos Makanan Ikan
Kami Pemancing-pemancing kolam pancing Malaysia, Pemilik-pemilik kolam pancing Malaysia, pekerja kolam pancing dan pembekal keperluan kolam pancing sepakat untuk dapatkan kebenaran membuka semula kolam pancing kami daripada kerajaan Malaysia.

The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 3 June 2020