Penduduk Taman Merak mendesak masalah gangguan Telefon dan Internet diselesaikan segera !
The Issue
PROJEK KONDOMINIUM MEWAH HALANG LIPUTAN SERVIS TELEKOMUNIKASI KEPADA PENDUDUK TAMAN MERAK DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN YANG LAIN DI SIMPANG AMPAT
1. Perkhidmatan talian telefon dan Internet yang baik merupakan perkara asas yang diperlukan oleh penduduk setempat untuk aktiviti harian, lebih-lebih lagi ketika negara berdepan dengan pandemik Covid19 yang memerlukan lebih banyak interaksi atas talian.
2. Penduduk Taman Merak Jaya, Simpang Ampat dan kawasan-kawasan sekitarnya telah mengalami masalah gangguan talian telefon dan internet yang sangat teruk yang dilaporkan berpunca daripada sebuah binaan Kondominium baharu berhampiran yang menghalang liputan servis Pencawang Telekomunikasi ke kawasan-kawasan sekitarnya.
3. Penduduk menggesa tindakan segera oleh YB Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dan YB DUN Bukit Tambun, Goh Choon Aik bersama-sama pihak berkuasa PBT untuk menyelesaikan semula masalah yang mereka lakukan hasil kelulusan pembinaan bangunan kondominium mewah berhampiran menara telekomunikasi yang telah lama wujud untuk perkhidmatan penduduk setempat.
4. Adakah Pihak Berkuasa Tempatan sedar masalah yang bakal timbul sebelum meluluskan projek kondominium mewah yang menghalang menara telekomunikasi ini? Kemudahan telekomunikasi untuk penduduk bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat eksperimen, apatah lagi sekarang penduduk diminta Stay At Home, Work From Home dan Home-Based Learning.
5. Bagi penduduk, kesilapan sebegini tidak boleh dimaafkan kerana pihak berkuasa seolah-olah mengutamakan kehendak Pemaju daripada penduduk setempat yang telah lama menetap di Taman Merak seperti kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
6. Maka petisyen ini mendesak agar Pihak Berkuasa Tempatan dan YB-YB yang dipilih mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah gangguan perkhidmatan telefon dan internet di Taman Merak dengan kadar segera.
7. Laporan juga akan dibuat ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak-pihak yang didapati bersalah.
Raihan Bin Anuar
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Kawan

The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 23 November 2020