Support Tun Dr. Mahathir to establish an administration which does not favour any party.

The Issue

Sekiranya dalam hemat KeBawah Duli YDP AGONG menurut BUDIBICARA MUTLAK KeBawah Duli Tuanku berpendapat bahawa dalam keadaan politik semasa di masa kini, pilihan yang ditawarkan oleh TUN DR MAHATHIR untuk memimpin Kerajaan Malaysia untuk kepentingan negara tanpa kepentingan parti politik mahupun ahli politik, atas konsep yang disyorkan ini, nescayalah Rakyat Malaysia akan berjaya menikmati untuk julung-julung kalinya konsep tadbir urus negara di bawah Kerajaan "TANPA MEMIHAK PARTI" yang akan memberi pilihan kepada Rakyat untuk menikmati hasil usaha Kerajaan yang disyorkan ini.

Kesan positif daripada kewujudan KERAJAAN "TANPA MEMIHAK PARTI" antara lain :

(a) Rungutan dan aduan Rakyat bahawa selama ini pemimpin-pemimpin parti cuma pentingkan parti sendiri dan diri sendiri, tanpa berkhidmat secara jujur untuk Rakyat akan dapat diperbaiki,

(b) Pakar-pakar dalam bidang masing-masing dapat dilantik oleh Perdana Menteri TUN DR MAHATHIR samada dari luar politik mahupun dari kalangan pengkhidmat awam yang boleh dilantik sebagai Senator dan seterusnya dilantik sebagai Menteri di Kementerian yang membabitkan bidang dan kepakaran masing-masing,

(c) Akan ada pengasingan kuasa yang sebenar di antara cabang "EKSEKUTIF / JEMAAH MENTERI" dan cabang "LEGISLATUR / PENGGUBAL UNDANG-UNDANG" yang lebih jelas, yang akan membolehkan konsep "semak dan imbang" ("check and balance") dapat direalisasikan untuk menzahirkan semangat PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN sebenar, dan menjadikan wakil-wakil rakyat lebih cekap dalam mewakili kepentingan rakyat dari kawasan masing-masing dalam bertanyakan JEMAAH MENTERI untuk penjelasan berkaitan polisi masing-masing secara lebih telus, yakni Dewan Rakyat akan menjadi lebih profesional dan produktif, dan

(d) Dengan berkurangan fungsi parti politik dan ahli politik dalam urusan polisi kerajaan di bawah JEMAAH MENTERI, maka keperluan dana-dana politik bagi tujuan aktiviti dan program parti akan diminimakan, dan akan membendung amalan rasuah negatif di kalangan JEMAAH MENTERI, yang semestinya menguntungkan Rakyat.

This petition had 8,871 supporters

The Decision Makers

Members of Malaysian Parliament
Members of Malaysian Parliament
Malaysian Yang Di Pertuan Agong
Malaysian Yang Di Pertuan Agong

Petition Updates