Kami Bantah Perlu Ambil Lesen Finas untuk Youtuber, TikTok & Content Creator!

The Issue

Tahun 2020 melihat perkembangan yang sangat positif kreativiti 'Content Creator'di Malaysia melalui platform media sosial termasuk Youtube, Facebook, IG dan TikTok!

Melalui platform media sosial ini,  'Content Creator' berpeluang menterjemahkan idea ceative dalam bentuk Video seperti pembikinan filem pendek, Vlog, Video masakan,Video tarian dan banyak lagi. 

Gesaan dan Takrifan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Saifuddin Abdullah dalam sidang Parlimen bahawa 'Content creator'di platform sosial media termasuk dalam kategori yang memerlukan pengambilan Lesen Finas sepertimana termaktub dalam  Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] adalah tidak sesuai dan tidak masuk akal kerana Lesen tersebut memerlukan pemohon mendaftar melalui syarikat Sdn Bhd dengan modal berbayar sebanyak RM50k!

Walaupun sesetengah Youtuber mendapat bayaran tinggi daripada pihak Youtube, namun ia tidak menggambarkan keadaan sebenar kewangan majoriti content creator yang hanya menjadikan Youtube sebagai pendapatan sampingan untuk menampung kelangsungan hidup yang kian mendesak!

Pihak KKM perlu faham bahawa kehidupan majoriti content creator tidak seperti produser filem dan Drama yang sudah semestinya mempunya kemampuan kewangan yang tinggi.

Justeru kami memohon dan membantah sekeras-kerasnya bahawa content creator di platform media sosial perlu mempunyai lesen Finas sebagai prasyarat untuk menghasilkan video-video di platform sosial media yang berkaitan.

avatar of the starter
Wan UtamaPetition Starter
Victory
This petition made change with 600 supporters!

Petition Updates