Minta Sony EMCS Bangi, Selangor Menghormati PKP dan Jangan Beroperasi.

The Issue
Sony EMCS Bangi merupakan sebuah kilang milik Jepun yang mengeluarkan produk elektrik dan eletronik dan terletak di zon MERAH, Hulu Langat. Hulu Langat juga merupakan antara tempat yang mempunyai kes Covid 19 tertinggi di Selangor dan Malaysia.
Pada 16 April 2020 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengeluarkan surat kebenaran beroperasi kepada SONY EMCS walaupun ia bukan di bawah kategori keperluan seperti makanan.
Sony EMCS adalah sebuah kilang yg beroperasi selama 24jam tanpa henti dan mempunyai pekerja tempatan dan warga asing yang mencecah ribuan. Walaupun surat Miti menegaskan operasi kilang perlu di kawal pada 50% tetapi ia tetap mempunyai ramai pekerja yang bekerja pada suatu masa. Ia mungkin mencecah ribuan juga. Di dalam kilang Sony EMCS ia menggunakan sistem hawa dingin centralise dan jika tidak bernasib baik salah seorang pekerja yang dijangkiti oleh Covid-19, besar kemungkinan ia akan menjadi kluster yang sangat besar sama seperti kes Tabligh di Sri Petaling, Selangor yang menyebabkan kerajaan Malaysia perlu mengistiharkan PKP untuk memutuskan rantian Covid 19 ini. Bukan itu sahaja, operator-operator yang memasang produk-produk Sony seperti TV dan ear plug juga berdiri berdekatan antara satu sama lain dan saling menyentuh produk sebelum ia menjadi finish goods. Jadi sangat-sangat bahaya kerana virus covid 19 boleh hidup di permukaan dan sentuhan produk antara operator berkemungkinan besar akan menjangkiti satu sama lain.
Sebenarnya ramai pekerja kilang Sony EMCS berasa sangat bimbang dan ada antara mereka cuba memaklumkan kepada pihak pengurusan. Akan tetapi pihak pengurusan tetap untuk meneruskan operasi pada Isnin 20 April 2020.
Barisan depan negara terutama dari KKM, pihak polis, tentera, rela dan sebagainya telah melakukan tugas terbaik untuk cuba merawat, hindar dan memutuskan rantaian covid 19. Akan tetapi kilang Sony EMCS yg bukan di kategori sebagai industri keperluan negara dibenarkan untuk beroperasi oleh MITI dan meletakkan barisan depan negara dalam bahaya. Diharapkan pihak Miti boleh menarik balik semula surat kebenaran tersebut.

Petition Closed
Share this petition
The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 16 April 2020