SAY NO TO COURT CLUSTER IN CABINET!

SAY NO TO COURT CLUSTER IN CABINET!
The Issue
Rasuah Busters dan BERSIH memulakan petisyen ini.
Kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin parti-parti yang terlibat:
- Presiden UMNO YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Tertinggi UMNO
- Setiausaha Agong DAP YB Anthony Loke dan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP
- Presiden MUDA YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA
TOLAK KLUSTER MAHKAMAH DALAM KABINET!
Rakyat Malaysia menolak dengan keras sebarang pelantikan wakil rakyat yang sedang menjalani pendakwaan jenayah ke sebarang jawatan Kabinet atau Eksekutif Kerajaan pimpinan DS Anwar Ibrahim kerana ia mengingkari suara rakyat yang jelas menolak rasuah dalam PRU15 ini.
Khususnya, empat orang ahli parlimen tidak boleh dilantik apa-apa jawatan kabinet atau eksekutif sebelum mereka dibebaskan secara muktamad oleh Mahkamah:
- YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (P075 Bagan Datuk, BN-UMNO) yang masih dalam perbicaraan untuk 47 pendakwaan jenayah pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram sebanyak RM124 juta dalam kes Yayasan Akalbudi;
- YB Lim Guan Eng (P043 Bagan, PH-DAP) yang masih dalam perbicaraan atas dakwaan menerima rasuah sebanyak RM3.3 juta berkaitan dengan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang dan dakwaan menuntut 10% daripada untung daripada projek itu;
- YB Datuk Seri Bung Mokhtar (P187 Kinabatangan, BN-UMNO) yang masih dalam perbicaraan atas dakwaan menerima rasuah sejumlah RM 2.8 juta dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Felcra; dan
- YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (P146 Muar, MUDA) yang masih dalam perbicaraan atas dakwaan jenayah pecah amanah, penyalahgunaan wang dan pengubahan wang haram berkaitan dengan dana Armada Bersatu sejumlah RM1.34 juta.
Kami menolak sekeras-kerasnya dalih bahawa mereka masih boleh dipertimbangkan atas prinsip “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”. Dalih ini buta dengan realiti di mana Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai kuasa besar untuk menggugurkan pendakwaan.
Sekiranya ahli-ahli parlimen tersebut dilantik ke Kabinet, mereka tidak akan dapat tumpukan perhatian kepada kementerian kerana terpaksa turun naik mahkamah, dan sebarang pembebasan akan dilihat sebagai pelepasan (impunity) dan transaksi politik, sekalipun jika kes mereka secara meritnya layak dibebaskan. Ini akan melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan DS Anwar Ibrahim, kedaulatan undang-undang malah sistem politik secara keseluruhannya.
Kami memohon kebijaksanaan pimpinan parti UMNO, DAP dan MUDA untuk tidak menamakan dan mendesak mana-mana daripada ahli-ahli parlimen tersebut sebagai calon menteri kepada Kerajaan DS Anwar Ibrahim.
Kami juga memohon keempat-empat ahli parlimen tersebut menolak sebarang penamaan calon menteri dan menumpukan tenaga untuk membersihkan nama mereka di Mahkamah.
--------------------------------------- English Version
Malaysians strongly reject any appointment of elected representatives who are undergoing criminal prosecutions to any Executive position in the Government led by DS Anwar Ibrahim because it defies the voice of the people who have clearly rejected corruption in this GE15.
In particular, four MPs cannot be appointed to any cabinet or executive position before they are acquitted by the Court:
- YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (P075 Bagan Datuk, BN-UMNO) who is still on trial for 47 criminal prosecutions involving breach of trust, corruption and money laundering amounting to RM124 million in the Akalbudi Foundation case;
- YB Lim Guan Eng (P043 Bagan, PH-DAP) who is still on trial for allegedly accepting bribes amounting to RM3.3 million in connection with an undersea tunnel construction project in Penang and allegedly demanding 10% of the profits from the project
- YB Datuk Seri Bung Mokhtar (P187 Kinabatangan, BN-UMNO) who is still on trial for allegedly accepting a bribe of RM 2.8 million in his capacity as Chairman of Felcra; and
- YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (P146 Muar, MUDA) who is still on trial for alleged crimes of breach of trust, misuse of money and money laundering related to Armada Bersatu funds amounting to RM1.34 million.
We strongly reject the pretext given, that they can still be considered on the principle of "innocent until proven guilty". This pretext is blind to the reality that the Attorney General's Office (AGC) has the power to drop prosecutions.
If the members of parliament are appointed to the Cabinet, they will not be able to concentrate on the ministry because their time will be occupied at the courts, and any release will be seen as impunity and a political transaction, even if their case merits release. This will cripple the people's confidence in the Government of DS Anwar Ibrahim, the rule of law and even the political system as a whole.
We appeal to the wisdom of the leadership of the UMNO, DAP and MUDA parties not to name and urge any of these members of parliament as ministerial candidates for the Government of DS Anwar Ibrahim.
We also request the four members of parliament to reject any nomination of ministerial candidates and focus their energy on clearing their names in the Court.

7,362

Petition created on 28 November 2022