Save Bangau Beach Kudat, Sabah

Save Bangau Beach Kudat, Sabah
Why this petition matters
Selamatkan Pantai Bangau Kudat, Sabah!!
Pantai Bangau merupakan sebuah mutiara anugerah Tuhan yang indah, dengan lautan jernih yang dikelilingi flora dan fauna yang hijau, dan bebas daripada sebarang pencemaran. Pantai ini merupakan sebuah khazanah alam yang menjadi sumber pendapatan, hiburan dan tempat tinggal bagi suku kaum Rungus dan juga seluruh penduduk Kudat dan juga yang dari daerah-daerah lain.
Namun begitu, kerajaan negeri Sabah dan diterajui oleh Menteri Pembangunan Industri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat dari negara China bernama Kibing Group (M) Sdn Bhd, untuk membina sebuah kilang perlombongan pasir dan sebuah pelabuhan bertaraf antarabangsa bagi melombong dan mengekspot hasil bumi Sabah, iaitu pasir silika yang menjadikan pantai Bangau ini kelihatan begitu indah, bersih dan putih.
Kami, penduduk asal disini bukannya membantah pembangunan ekonomi dikawasan ini. Tetapi kami cuma membantah pembangunan yang negatif dan yang akan memudaratkan keindahan lautan, flora dan fauna dikawasan ini dan akan merosakkan landskap yang indah ini buat selama-lamanya. Lokasi Pantai Bangau ini merupakan sebuah lokasi yang sangat strategik untuk dibangunkan sebagai hub pelancongan kerana lokasinya yang terletak dekat dengan Tanjung Simpang Mengayau, Pulau Mantanani dan Pulau Batu Mandi.
Oleh itu, kami penduduk asal di sini, mencadangkan kepada kerajaan negeri, supaya Sabah yang dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu, dibangunkan sebagai hub pelancongan, berbanding dengan dibangunkan sebagai industri perkilangan dan perlombongan pasir, khususnya dilokasi seperti Pantai Bangau yang merupakan sebuah khazanah alam. Kami juga pasti bahawa projek ini hanya akan lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikkan dalam jangka masa panjang. Kerana projek ini telah di tolak oleh penduduk di Pulau Banggi, sebelum ia di bawa ke sini.
Oleh itu, kami penduduk asal dikawasan ini membantah sekeras-kerasnya projek perlombongan pasir dan pembinaan pelabuhan disini. Kami mohon kepada semua yang membaca petition ini supaya membantu kami dalam usaha kami untuk menyelamatkan Pantai Bangau ini dengan menandatanganinya. Terima kasih.