Reunite binational Malaysians couples and families

Reunite binational Malaysians couples and families

English below
LOVE IS NOT TOURISM (CINTA BUKAN PELANCONGAN)
"Ibu, saya hanya mahu pulang,' anak sulung saya merayu tahun lalu. Dia mengalami kemurungan; dan ini telah mengakibatkan pembelajarannya tergendala dan dia tidak berpeluang menerima ijazahnya. Sebagai seorang ibu, saya risau memikirkan tentang anak saya. Kami masih gagal mendapat kebenaran untuk berjumpa dengan suami saya setelah 1.5 tahun mencuba."
“Kami merancang untuk bernikah pada April 2020. Dia sudah meletakkan jawatan dan bersedia untuk berpindah ke Malaysia. Tapi sehingga kini, kami masih tidak mengetahui bila dia akan mendapat kelulusan untuk mengunjungi Malaysia. Ketidakpastian dan penantian yang tidak berkesudahan sangat menyedihkan dan membawa kepada kemurungan bagi kami.”
“Saya berasa seperti ibu tunggal - bekerja sepenuh masa sambil menjaga anak-anak dan ibu yang sudah tua - sejak tahun lepas. Tolonglah izinkan suami saya untuk kembali kepada kami, kami sangat merinduinya dan memerlukan dia di sisi kami."
Dalam usaha Kerajaan Malaysia untuk mengawal pandemik Covid-19 yang berterusan, lawatan keluarga dan pasangan berlainan kewarganegaraan (binational) masih dikategorikan oleh Kerajaan sebagai perjalanan tidak penting. Ini mengakibatkan banyak keluarga dan pasangan telah terpisah dan tidak dapat bersua muka selama lebih dari 1.5 tahun - dan ramai yang masih terpisah hingga hari ini. Perpisahan inilah yang menyebabkan banyak kisah seperti yang dinyatakan di atas.
Kami memahami keperluan Kerajaan untuk melindungi warganegara daripada Covid-19, namun kami merasakan bahawa dengan adanya SOP yang tepat, adalah mungkin bagi kita untuk bertemu orang yang kita sayangi tanpa membahayakan warganegara lain.
Kami gembira kerana Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk membenarkan warganegara Malaysia keluar dari Malaysia sejak 11 Oktober 2021. Ini telah membantu sebilangan dari keluarga dan pasangan berlainan kewarganegaraan di negara ini. Malangnya, terdapat juga sebilangan rakyat Malaysia yang tidak mendapat manfaat ini - dan kepada kumpulan ini, jalan penyelesaian masih tidak ditemui. Ada dari mereka yang masih belum dapat mengunjungi keluarga atau pasangan mereka di luar negara kerana negara itu belum dibuka untuk warganegara Malaysia. Ada juga rakyat Malaysia yang tidak dapat meninggalkan negara ini kerana pekerjaan mereka tidak mengizinkan, masalah kesihatan, atau terikat dengan tanggungjawab menjaga ahli keluarga disini.
Oleh yang demikian, kami ingin meminta jasa baik Kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan untuk:
- Membenarkan suami atau isteri, tunang, dan pasangan yang belum berkahwin yang dari negara asing yang memohon MyTravelPass dengan bukti perkahwinan atau hubungan jangka panjang yang serius masuk ke Malaysia dengan senang.
- Membenarkan penjawat awam Malaysia keluar dari negara, kerana ramai yang masih menghadapi masalah untuk mendapatkan kelulusan untuk ke luar negara dari Kementerian dang Agensi Kerajaan masing-masing.
Sila tandatangani petisyen ini dan bantu rakyat Malaysia dan warga asing yang bermastautin di negara ini bertemu dengan insan yang tersayang.
----------------------------------------------------------------
LOVE IS NOT TOURISM
“Mom, I just wanna go home” my eldest son pleaded last year. He suffered from depression and as a result did not graduate on time. As a mother, I fear for my son. We haven’t been allowed to reunite with my husband for more than 1.5 year now."
“We planned our nikah for April 2020. She already resigned from her job, ready to move. We still have no idea when she will finally get approval to come to Malaysia. The uncertainty and endless waiting are so devastating and depressing.”
“I feel like a single mother, juggling work with care for my children and elderly mother for the last year. Please allow my husband to return to us, we miss him so much and need him here.”
In its efforts to control the ongoing Covid-19 pandemic, Malaysia continues to categorise family and partner visits under non-essential travel. As a result, many binational couples and families have been separated for more than 1.5 years now.
We understand the need to protect the population from Covid-19. However, we feel that with the right SOPs in place, it is possible for us to see our loved ones without endangering others.
We are happy that the Malaysian government has decided to allow Malaysian citizens to exit Malaysia since 11 October 2021. This has helped many, but sadly there are also many for whom this is not a solution. Some Malaysians can’t visit their partner abroad because that country isn’t open for Malaysian travellers yet. Others can’t leave Malaysia due to work, health problems or care responsibilities.
Therefore, we would like to ask the Malaysian government to consider:
- Allowing foreign spouses, fiancé(e)s and unmarried partners to enter Malaysia when they apply on MyTravelPass with proof of marriage or serious long-term relationship and allowing other family members such as children of Malaysians to enter with proof of their family ties.
- Allowing Malaysian civil servants to exit, as many have had trouble getting approval to travel abroad from their respective employers and ministries.
Please sign this petition and help reunited loved ones.
Facebook page: https://www.facebook.com/LoveIsNotTourismMalaysia
Twitter: https://twitter.com/LoveNoTourismMY
Instagram: https://www.instagram.com/love_is_not_tourism_malaysia/
If you're in this situation yourself, feel free to join our Facebook support group: https://www.facebook.com/groups/LoveIsNotTourismMalaysia