RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG DAN BERSOLIDARITI UNTUK PEMBEBASAN PALESTIN

Recent signers:
Nur Nadia Athirah Mohd Hisham and 19 others have signed recently.

The Issue

  1. Kami, rakyat Malaysia, dengan penuh keazaman mengambil kesempatan ini untuk bersatu padu dan bersolidariti dengan rakyat dan pejuang Palestin. Kami berdiri sebagai satu suara bagi menyokong hak rakyat dan pejuang Palestin untuk mendapatkan kembali kemerdekaan dan kedaulatan Bumi Palestin daripada cengkaman penjajah yahudi zionis.
  2. Kami merasa dukacita dengan penderitaan yang terus dialami oleh rakyat Palestin akibat daripada kerakusan dan kezaliman kaum penjajah yahudi zionis yang tidak berperikemanusiaan sehingga sanggup membunuh anak kecil dan kaum wanita yang tidak bersalah.. Ini termasuk juga kekurangan bekalan makanan dan akses air bersih,  perkhidmatan kesihatan yang terbatas, dan pembatasan pergerakan yang mengakibatkan penderitaan manusia yang tidak dapat dibenarkan.
  3. Kami menyeru kepada masyarakat Malaysia untuk bersama-sama memainkan peranan mengajak ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga untuk bersama menyokong petisyen ini dan menyebarluaskan kesedaran berkenaan isu terkini Palestin yang sedang memasuki fasa baharu gerak kerja perjuangan rakyat dan pejuang Palestin dalam membebaskan bumi Palestin ini.
  4. Kami juga menggesa kerajaan Malaysia untuk terus memberikan sokongan padu kepada rakyat dan pejuang Palestin dari segi bantuan kesihatan, makanan, tempat tinggal dan lain lain lagi.. Selain itu, kami mengharapkan agar kerajaan Malaysia terus memainkan peranan penting dalam memastikan Palestin mendapat kemerdekaan dan pembebasan sepenuhnya sekaligus menghalau kaum penjajah yahudi zionis daripada bumi Palestin.

  5. Kami percaya bahawa hanya dengan bersama-sama sebagai satu rakyat Malaysia yang bersolidariti, kita dapat memberikan sokongan yang kuat bagi kemerdekaan Palestin, mengakhiri penderitaan rakyat Palestin dan membantu mencapai kedaulatan bumi Palestin daripada cengkaman kaum penjajah yahudi zionis.

  6. Marilah kita bersama-sama berdiri sebagai satu suara untuk membantu rakyat Palestin mencapai pembebasan dan kemerdekaan yang selayaknya milik mereka.

Terima kasih kerana menyokong petisyen ini dan bersatu padu dalam usaha untuk kemerdekaan dan pembebasan Palestin.

332

Support now

332

Petition updates