Pulihkan Tadbir Urus Politik & Negara Demi Kesejahteraan Rakyat (Tuntutan Rakyat 2020)

Pulihkan Tadbir Urus Politik & Negara Demi Kesejahteraan Rakyat (Tuntutan Rakyat 2020)

0 have signed. Let’s get to 5,000!
At 5,000 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!
Rohayudin Yaacob started this petition to Rakyat Malaysia and

Tuntutan Rakyat 2020 .

1.     Kami rakyat Malaysia membuat dan menyokong Tuntutan Rakyat 2020 ini seperti berikut:-

 

1.1.  Rakyat menolak secara berterusan amalan kleptokrasi, rasuah dan sogokan wang serta jawatan yang dapat dilihat sedang diamalkan semula oleh pentadbiran kerajaan kini. 

1.1.1.   Rakyat menuntut amalan kleptokrasi, rasuah dan sogokan wang serta jawatan di dalam landskap pentadbiran kerajaan dan politik negara dihentikan serta merta.

1.1.2.   Rakyat menuntut agensi kerajaan yang berkepentingan awam seperti Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Audit Negara dan agensi penguatkuasaan yang lain, menjalankan kuasa mengikut lunas undang-undang dan tatacara dengan telus serta memberi penerangan rasmi yang lengkap kepada orang awam atas tindakan dan keputusan yang melibatkan kepentingan negara dan keyakinan awam.

1.1.3.   Rakyat menuntut analisa, pemahaman dan penggubalan akta untuk undang-undang yang berkaitan  isu dana politik untuk parti politik bagi mewujudkan tatacara yang telus agar penggubahan wang haram dan rasuah dapat dikekang.

 

1.2. Rakyat sedar akan senario politik masa kini di mana tiada parti politik mahupun gabungan parti politik yang mampu mendapat majoriti 2/3 di parlimen. Keadaan ini menyebabkan kedudukan kerajaan menjadi tidak stabil dan mengundang perebutan pengaruh di kalangan kelompok wakil rakyat sehingga kerajaan tidak dapat berfungsi dan menumpukan perkhidmatan kepada rakyat dengan sepenuhnya.

1.2.1.   Rakyat menuntut kabinet kerajaan yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik dengan memfokuskan  konsep perkhidmatan serta pengasingan politik kepartian di dalam pentadbiran kabinet.

1.2.2.   Rakyat menuntut kajian mengenai percanggahan kepentingan di antara institusi kabinet dan Dewan Rakyat. Usaha pembaikan perlu dilakukan agar konsep pengasingan kuasa di antara cabang eksekutif dan legislatif dapat dipraktikkan dengan sebenarnya.

1.2.3.   Rakyat menuntut semua wakil rakyat, senator dan ahli kabinet mematuhi Angkat Sumpah Jawatan, mengikut tatacara dan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri di mana;

1.2.3.1.         Dewan Rakyat, Dewan Negara serta Dewan Undangan Negeri digunakan sepenuhnya dengan tertib dan profesional dalam membahas dasar dan semak imbang terhadap kerajaan.

1.2.3.2.         Menghormati dan mematuhi segala peruntukan dan semangat Perlembagaan Persekutuan terutamanya di dalam isu kaum, agama dan bahasa di dalam perbahasan dan perbincangan.

1.2.3.3.         Rakyat menuntut semua pelantikan jawatan tinggi di dalam syarikat serta agensi berkaitan kerajaan berdasarkan pengalaman dan kelayakan yang terdiri daripada golongan teknokrat dan bukannya berdasarkan lantikan politik semata-mata.

 

1.3. Rakyat sedar akan fungsi rakyat hanyalah memilih wakil rakyat untuk Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat melalui pilihanraya umum dan tidak mempunyai kuasa atau pengaruh secara terus terhadap aturan dan acara di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.

1.3.1.   Rakyat menuntut kajian semula undang-undang dan Akta serta  Enakmen Negeri berkaitan amalan lompat parti di kalangan wakil rakyat tidak dibenarkan di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat demi menghormati mandat rakyat di dalam pilihanraya umum.

 

1.4. Rakyat sedar bahawa negara sedang menghadapi krisis keyakinan dan kepimpinan yang serius terhadap kepimpinan politik di semua peringkat pada parti-parti politik yang ada.

1.4.1.   Rakyat menuntut semua parti politik memperbaiki krisis dalaman parti dan menumpukan usaha untuk melahirkan barisan kepimpinan yang berkebolehan terutamanya daripada generasi belia serta mendapat keyakinan rakyat.

1.4.2.   Rakyat menuntut semua parti politik menghentikan polemik kaum, agama dan bahasa serta amalan politik sempit dan memahami serta memperjuangkan isu kaum, agama dan bahasa seperti yang termaktub dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

1.5.  Rakyat sedar dan bimbang akan keutuhan perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat di mana pemahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan dan amalan Rukun Negara telah merosot di kalangan pemimpin politik dan masyarakat awam.

1.5.1.   Rakyat menuntut kempen Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara di peringkat nasional dan masyarakat umum bagi mewujudkan kefahaman dan keharmonian yang benar seperti di dalam tuntutan Perlembagaan Persekutuan sebagai warga negara terutama di dalam isu-isu pokok berkenaan kaum, agama, bahasa dan lain-lain.

1.5.2.   Rakyat menuntut sukatan pelajaran wajib mengenai tatanegara dan Perlembagaan Persekutuan di dalam sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia di semua jenis sekolah dan institut pengajian bermula dari tahun 1 mengikut keperluan dan tahap para pelajar.

1.5.3.   Rakyat juga menuntut kesemua wakil rakyat dan senator di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri diwajibkan menjalani kursus Perlembagaan Persekutuan sesuai dengan peranan dan tugas mereka.

 

2.      Akhirnya, kami, warganegara Malaysia menzahirkan Tuntutan Rakyat 2020 ini sebagai aspirasi untuk menuntut tadbir urus negara yang cekap dengan prinsip “rule of law” / kedaulatan undang-undang dan perpaduan kaum yang utuh berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara yang sebenar demi kemajuan dan kesejahteraan negara dan rakyatnya.

Latarbelakang Tuntutan:

3.       Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

 

4.     Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap krisis kepimpinan politik negara yang berkisar kepada:

4.1.  Manipulasi isu dan sentimen berkaitan kaum, agama dan bahasa oleh pemimpin-pemimpin politik dalam tempoh kerajaan Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan sehinggalah kerajaan Perikatan Nasional, sekarang.

 

4.2.  Kelakuan pemimpin-pemimpin politik yang menggunakan kuasa mereka sebagai wakil rakyat secara tidak bermoral dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan dan membentuk sebuah kerajaan yang berlandaskan sogokan jawatan, komplot sesama kumpulan politik serta menidakkan hak mandat rakyat di dalam PRU14.

 

4.3.  Kemelut di dalam pemilihan dan sokongan majoriti wakil-wakil rakyat terhadap bakal Perdana Menteri.

 

4.4.  Kebimbangan kembalinya amalan rasuah wang serta jawatan, amalan kleptokrasi di dalam pentadbiran dan politik negara.

 

4.5. Pengaruh negatif akibat konflik dalaman parti-parti politik terhadap pentadbiran negara dari segi keluhuran Perlembagaan Persekutuan, pengasingan kuasa diantara cabang eksekutif dan legislatif serta perkhidmatan untuk rakyat.

 

5.     Dalam tempoh pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan selepas PRU 14, rakyat menyaksikan pelbagai kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram telah disiasat, didakwa dan dibicarakan di mahkamah. Malangnya, keterujaan rakyat yang ingin melihat keadilan dijalankan telah mengaburi fahaman rakyat tentang hakikat bahawa proses dan tatacara perundangan serta kehakiman perlu dilaksanakan dengan teliti dan adil. Kurangnya penjelasan awam oleh agensi-agensi penguatkuasaan dan mahkamah telah menimbul prasangka dan kekhilafan pemahaman di kalangan rakyat terhadap proses, tatacara dan pengertian perundangan tersebut.

 

6.     Kerajaan Pakatan Harapan telah mengamal dasar keterbukaan di dalam kebebasan bersuara dan media. Namun terdapat banyak pihak terutamanya penyokong dan pemimpin politik telah mengambil kesempatan untuk manipulasi isu-isu ini hingga menjadikannya sebagai kegusaran besar di antara kaum. Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional memberi penerangan secara tuntas berlandaskan perundangan dan Perlembagaan Persekutuan telah memburukkan lagi keadaan. Rakyat juga sedar pihak yang memainkan sentimen selama ini telah menjadi “senyap” setelah terdirinya kerajaan yang baharu. Di antaranya adalah isu-isu berkaitan dengan:

 

6.1.  Insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya pada November 2018 dan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.
https://www.malaysiakini.com/news/474398

 

6.2.  Isu ratifikasi ICERD
https://malaysiadateline.com/wawancara-apa-makna-sebenar-retifikasi-icerd/

 

6.3.  Isu tulisan khat Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/483396/faq-mengenai-isu-tulisan-khat

 

6.4.  Isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)
https://www.malaysiakini.com/news/470458

 

6.5.  Isu LTTE
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/547516/isu-ltte-makin-panas

 

6.6. Isu LGBT
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lgbt-tidak-diterima-di-malaysia-tun-mahathir-186203

 

6.7.  Isu-isu penstrukturan semula GLC dan agensi kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji dan lain-lain
https://www.malaysiakini.com/news/490120

 

 

7.     Rakyat juga sedar dan sering menyaksikan jumlah kehadiran wakil rakyat yang kurang memuaskan, kualiti perbahasan yang rendah dan kurangnya tahap profesionalisma di kalangan wakil rakyat di Dewan Rakyat.

 

8.     Rakyat juga melihat kemerosotan kepimpinan serta halatuju gabungan-gabungan mahupun parti-parti politik di negara akibat kemelut dan pergolakan dalaman. Rakyat merasakan gabungan-gabungan mahupun parti-parti politik ini tidak lagi mampu dengan berkesan mendokong kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

 

9.     Puncak kepada pergolakan dalaman gabungan-gabungan mahupun parti-parti politik ini adalah gerakan yang dikenali sebagai “Langkah Sheraton” pada 23 Februari 2020 dimana rakyat dikejutkan dengan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 1 Mac 2020. Langkah ini secara terang-terangan telah menidakkan hak dan mandat rakyat seperti yang dizahirkan pada PRU 14. Rakyat juga kecewa dengan tindakan ini kerana pada ketika itu negara sedang berhadapan dengan cabaran ekonomi dan kesihatan akibat pandemik wabak Covid 19 yang mula merebak ke seluruh dunia.

 

10.Pada 24 Februari 2020, rakyat menyaksikan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Interim oleh Yang Dipertuan Agong.

 

11.Pada 26 Februari 2020, Tun Dr. Mahathir telah mengakui dalam ucapannya  bahawa politik, orang politik dan parti politik terlalu utamakan politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara. Beliau juga mencadangkan satu pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti dan hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan. Namun begitu cadangan beliau tidak diberi perhatian yang wajar dan ditolak oleh majoriti pemimpin politik. (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/659618/ucapan-penuh-tun-dr-mahathir-mohamad

 

12. Pada 27 Februari 2020, Tun Dr. Mahathir sekali lagi mengulangi cadangannya mengenai pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik semasa pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani cabaran ekonomi akibat kesan wabak Covid 19.  (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660001/teks-ucapan-dr-mahathir-mengenai-pakej-rangsangan-ekonomi-2020

 

13. Pada 29 Februari 2020, setelah menjalani beberapa proses kepastian dan majlis angkat sumpah pada 1 Mac 2020 , Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke lapan. Rakyat menerima keputusan Yang Dipertuan Agong tersebut tetapi mempertikaikan tingkah laku wakil-wakil rakyat yang sering merubah pendirian dan sokongan terhadap calon Perdana Menteri, sehingga Yang Dipertuan Agong terpaksa mengadakan perjumpaan terhadap setiap wakil rakyat.

 

14. Pada 9 Mac 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kabinetnya dengan 32 menteri dan 38 timbalan menteri. Kabinet termasuk enam teknokrat yang dilantik sebagai Senator pada 10 Mac 2020 sebelum mengangkat sumpah pada hari yang sama di Istana Melawati. Beliau juga melantik Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Kesihatan Awam), Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah dan Duta Khas bertaraf Menteri kepada YAB Perdana Menteri ke China. Rakyat terkilan akan jumlah anggota kabinet yang besar ini.

 

15. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam ucapan-ucapannya setelah itu sering menggesa menolak amalan politik dan memberi jaminan tumpuan kepada menangani wabak Covid 19. Tetapi rakyat sedar akan kegiatan politik belakang tabir yang dilakukannya menyebabkan kemelut dalaman Parti Bersatu sehingga kini.

 

16. Pada 30 Julai 2020, DUN Sabah telah terpaksa dibubarkan untuk dilakukan Pilihanraya Negeri (PRN) akibat kumpulan praksi UMNO Sabah yang mendakwa mempunyai peralihan sokongan ahli DUN terhadap mereka. Rakyat sedar seperti yang dilaporkan di media massa bahawa unsur politik wang di dalam isu ini. Rakyat juga maklum pembabitan Menteri Dalam Negeri, Menteri Keselamatan dalam Negeri  Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam kemelut politik Sabah ini. Secara jelas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin sendiri gagal mengotakan gesaannya sendiri. PEREBUTAN kuasa ketika pandemik Covid-19 ini benar-benar menyusahkan rakyat. Sepatutnya dalam keadaan sekarang, sentimen ahli politik adalah memikirkan kesusahan rakyat dan bukan berebut kuasa. PRN Sabah bukan sahaja dikatakan bakal menelan belanja sekali ganda sebanyak RM 1 Bilion, malah ianya berisiko kepada rakyat Sabah terhadap gelombang ke tiga penularan wabak Covid 19.
https://malaysiagazette.com/2020/07/29/musa-aman-dakwa-terima-sokongan-majoriti-tubuh-kerajaan-baru-di-sabah/
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/08/717131/prn-jalan-penyelesaian-kemelut-politik-sabah
https://www.malaysiakini.com/news/536719

 

17. Rakyat juga sedar bahawa sejumlah besar lantikan teknokrat dan profesional semasa pemerintahan Pakatan Harapan di agensi dan GLC kerajaan telah diberhentikan dan digantikan dengan pemimpin parti-parti politik. Malah ada juga kenyataan daripada bekas lantikan ini tentang tekanan yang mereka hadapi.

 

 24 Ogos 2020

 

0 have signed. Let’s get to 5,000!
At 5,000 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!