Anwar Undur - Selamatkan PH

The Issue

Ringkasan 5 Tuntutan "Anwar Undur - Selamatkan Pakatan Harapan":
1. DSAI perlu berundur secara terhormat selaku Presiden Keadilan dan Ketua Umum Pakatan Harapan.
2. Agenda reformasi negara harus diteruskan oleh pemimpin-pemimpin generasi baru seperti ‘Puteri Reformasi’ Nurul Izzah.
3. Barisan pimpinan Pakatan Harapan juga perlu menjalani rombakan dan pembaharuan untuk mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat kepada gagasan Pakatan Harapan.
4. Pemimpin-pemimpin PH generasi baru yang dapat menyakinkan rakyat perlu diangkat sebelum PRU-15.
5. DSAI dicadangkan menjadi penasihat kepada kerajaan Pakatan Harapan sekiranya PH diberi mandat oleh rakyat jelata dalam PRU-15.

“Anwar Undur -  Selamatkan Pakatan Harapan”

Sebagai penyokong-penyokong tegar Pakatan Harapan, kami amat menghargai pengorbanan dan jasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama blok pembangkang seperti Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat sebelum ia dibubarkan pada tahun 2015. Gerakan Reformasi yang dimulakan oleh DSAI sejak tahun 1998 telah menjadi agenda perjuangan utama pembangkang selama 23 tahun dan beliau telah memimpin parti-parti pembangkang untuk mengharungi 5 pilihanraya umum walaupun ada tempohnya beliau masih terkurung dalam penjara.

Pada tahun 2018, buat kali pertama dalam sejarah Malaysia parti-parti pembangkang telah mengalahkan parti pemerintah BN UMNO dan menubuhkan kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun, tampuk pemerintahan PH hanya bertahan selama 22 bulan kerana pertarungan politik dalaman PH dan Parti Keadilan Rakyat. Akhirnya, kerajaan PH tumbang dan DSAI sekali lagi menjadi ketua pembangkang di Parlimen.  

Kami, penyokong-penyokong setia DSAI, Keadilan dan Pakatan Harapan kekal bersodaliriti dengan DSAI seperti mana beliau disokong tidak berbelah bagi selama 23 tahun sejak beliau dipecat daripada UMNO, dimasukkan ke penjara dua kali, dikhianati oleh kartel Azmin Ali dan insiden-insiden lain kerana kami yakin beliau merupakan calon terbaik untuk menjadi Perdana Menteri yang memimpin dan melaksanakan agenda reformasi negara. Namun demikian, hasrat kami telah dikecewakan berulang-kali, bukan kerana beliau gagal menjadi PM, tetapi dengan cara pimpinan beliau yang telah mendatangkan kerosakan kepada Keadilan dan PH.

Krisis politik yang berlaku baru-baru ini telah meyakinkan kami sebagai penyokong-penyokong PH bahawa telah tiba masanya untuk kami keluar dan menyuarakan pendapat-pendapat kami terhadap DSAI. Walaupun kata-kata kami ini mungkin pedas bagi DSAI dan penyokong-penyokong, namun ini adalah kata-kata nasihat yang benar dan sila terima dengan hati terbuka.

Dalam krisis politik baru-baru ini, DSAI telah mendapat sokongan padu daripada blok parti-parti pembangkang yang lain dan mendapat 105 undi daripaada Ahli-Ahli Parlimen PH+. Apa yang kita perlu hanyalah 6 undi untuk menjadikan DSAI sebagai PM dan mengembalikan mandat rakyat kepada PH. Namun 6 undi ini yang tidak kesampaian menjadi penghalang kita. DSAI diberi peluang untuk mendapatkan sokongan majoriti tetapi kesemua bekas-bekas pemimpin Keadilan telah menolak DSAI sekali lagi, termasuk Xavier Jayakumar, Larry Sng dan Steven Chung yang masih merupakan ahli-ahli parlimen bebas dan rakan seperjuangan lama DSAI pada zaman reformasi seperti Mansor Othman, Rashid Hasnon dan Kamarudin Jaffar yang meninggalkan PH dan menjayakan Langkah Sheraton juga tidak kembali.  DSAI telah dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin kleptocrat UMNO sama seperti pada September 2020 di mana DSAI yakin mengatakan beliau mempunyai ‘strong, convincing and formidable’ majoriti untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara tetapi tidak terjadi.

Kami amat terkecewa dengan keputusan DSAI untuk bekerjasama dengan kleptocrat-kleptokrat yang kita bertungkus-lumus mengalahkan dalam PRU-14. Perbincangan ini telah dibuktikan oleh rakaman suara DSAI dengan Zahid Hamidi dan pendedahan-pendedahan oleh pemimpin UMNO yang lain. Kami amat terkecewa dengan cara pimpinan DSAI yang tidak inklusif dalam parti dan secara tidak langsung menyebabkan pecahan dan pengkhianatan di kalangan ahli-ahli parti sendiri. Kami amat terkecewa dengan kegagalan DSAI untuk merangka strategi yang jelas untuk blok pembangkang sebagai Ketua Pembangkang dan ketua bagi Pakatan Harapan walaupun kita mempunyai asas yang kuat pada 105 kerusi dalam parlimen.

Kini, DSAI seolah-olah telah hilang arah dan seperti hanya bermatlamat untuk merampas jawatan Perdana Menteri. Sokongan rakyat kepada PH semakin tergoncang kerana PH tidak lagi dilihat sebagai alternatif yang ideal kerana kekurangan daya kepimpinan ‘lack of leadership’. PRU yang akan datang akan menampakkan kegagalan yang lebih dasyat bagi PH sekiranya PH tidak melakukan perubahan dan menawarkan ‘harapan baru’ kepada rakyat. PH dengan segera memerlukan nafas baru untuk menyemarakkan semangat penyokong-penyokong dan meneruskan perjuangan reformasi yang belum selesai.

Oleh itu, kami terpaksa menyatakan pendirian kami seperti berikut demi menyelamatkan Pakatan Harapan dan membuat persediaan bagi menghadapi PRU-15:

1.     DSAI perlu berundur secara terhormat selaku Presiden Keadilan dan Ketua Umum Pakatan Harapan. Pengorbanan dan perjuangan reformasi DSAI selama 23 tahun harus diperingati dan dihargai oleh kita semua sebagai ‘Bapa Reformasi Negara’ dan perjuangan beliau akan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin generasi seterusnya.

2.     Agenda reformasi negara harus diteruskan oleh pemimpin-pemimpin generasi baru Insyaallah. DSAI boleh ‘pass the torch’ dan menyerahkan legasi beliau kepada ‘Puteri Reformasi’ Nurul Izzah yang dilihat oleh kami sebagai calon sesuai bagi PM seterusnya.

3.     Barisan pimpinan Pakatan Harapan juga perlu menjalani rombakan dan pembaharuan untuk mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat kepada gagasan Pakatan Harapan dengan menggantikan muka lama dengan pemimpin-pemimpin muda.

4.     Pakatan Harapan dirahmati dengan lapisan pemimpin muda yang berkualiti dan bersedia untuk memikul amanah yang lebih berat. Pemimpin-pemimpin muda seperti Nurul Izzah, Saifudin Nasution, Sallehuddin Ayub, Adly Zahari, Anthony Loke dan Hannah Yeoh didokong sebagai pemimpin-pemimpin PH generasi baru yang dapat menyakinkan rakyat.

5.     DSAI perlu menerima hakikat bahawa beliau walaupun tidak pernah dan tidak akan menjadi PM Malaysia, beliau masih boleh memberi sumbangan kepada negara. DSAI dicadangkan menjadi penasihat kepada kerajaan Pakatan Harapan sekiranya PH diberi mandat oleh rakyat jelata dalam PRU-15.

avatar of the starter
Anwar Undur - Selamatkan PHPetition Starter
This petition had 317 supporters

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 20 August 2021