Petisyen kepada KDYMM YDP Agong: Parlimen tidak wajar dibubarkan pada musim banjir.

The Issue
Petisyen kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ampun Tuanku!
Kami rakyat Malaysia dengan ini memohon perkenan kebawah,
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong agar menghalang kerakusan ahli-ahli politik daripada membubarkan Parlimen pada musim banjir.
Peristiwa banjir pada Disember 2021 masih segar difikiran rakyat. 54 nyawa terkorban, dan lebih daripada 71,000 rakyat dianjakan ke tempat sementara hanya untuk dipindah semula ke kawasan yang masih ada risiko banjir. 31,000 keluarga terjejas akibat banjir kilat tidak lebih daripada setahun lepas.
Kerosakan teruk melanda 8 negeri- Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, dan Kuala Lumpur. Kerajaan telah memperuntukkan RM 100 juta untuk baik-pulih rumah dan infrastruktur untuk rakyat, pun begitu rakyat merintih dan risau perihal keselamatan ketika musim banjir, apatah lagi untuk mengundi.
Kami mohon Tuanku tidak bubarkan Parlimen pada musim banjir yang akan tiba. Para pemimpin kami sepatutnya belajar daripada musibah banjir tersebut dan memikirkan cara untuk melindungi rakyat. Tidak patut mereka mengetepikan keselamatan rakyat hanya untuk mengejar impian politik mereka semata-mata.
Musim banjir semakin dekat menghampiri, namun para pemimpin kita lebih suka bercerita tentang pilihanraya. Tidak ada satu pun cerita tentang persediaan menghadapi banjir. Apakah langkah yang telah diambil bagi menjamin keselamatan rakyat terbela jika musibah banjir ini berlaku lagi?
Ampun Tuanku, bimbinglah pemimpin kami sekalian agar menjadi wakil rakyat dan ahli parlimen yang mementingkan hal perihal rakyat dan gunakan masa yang ada untuk bersiap sedia menghadapi bencana.
Rakyat sekalian menjunjung kasih. Daulat Tuanku!
4,796

Petition Updates
Share this petition
Petition created on 21 September 2022