Persidangan Parlimen Perlu Disegerakan (Parliament Needs to Reconvene Immediately)

Persidangan Parlimen Perlu Disegerakan (Parliament Needs to Reconvene Immediately)

PERSIDANGAN PARLIMEN PERLU DISEGERAKAN
G25 menyatakan sokongan penuhnya terhadap sentimen masyarakat yang semakin ketara bahawa walaupun terdapat Proklamasi Darurat, negara masih lagi berhadapan dengan krisis kesihatan dengan terdapat peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan, kemasukan ke hospital dan kematian yang disebabkan oleh Covid-19. Lantaran itu, Parlimen perlu segera bersidang untuk membincangkan krisis tersebut dan seterusnya mencapai kata sepakat pada peringkat kebangsaan tentang langkah-langkah yang perlu diambil demi melindungi rakyat dan masa depan mereka. Sesungguhnya, Kerajaan diingatkan bahawa menurut Perlembagaan, seperti yang termaktub dalam Fasal (3) Perkara 150, sebaik sahaja Proklamasi Darurat dibuat, Parlimen perlu bersidang semula secepat mungkin, dan Proklamasi Darurat itu serta apa-apa Ordinan Darurat yang dibuat hendaklah dibentangkan di Parlimen untuk penelitian dan kelulusan Parlimen. Peranan Parlimen sebagai badan yang mengawasi pihak Eksekutif ketika berlangsungnya Darurat, sepertimana yang ditentukan di bawah Perkara 150, mestilah dihormati.
Dalam menangani krisis wabak Covid-19 sebesar ini, sesuatu yang belum pernah terjadi dalam sejarah negara kita, Kerajaan perlu mendapatkan sokongan rakyat supaya bersatu-padu dalam mengharungi situasi-situasi sukar yang menjejaskan kehidupan mereka. Perpaduan hanya boleh dicapai sekiranya wakil rakyat yang dilantik, iaitu, Ahli-ahli Parlimen, diberikan peluang untuk berbahas secara terbuka di institusi tertinggi Kerajaan, iaitu, Parlimen. Ahli-ahli Parlimen boleh membantu menyuarakan kebimbangan yang dirasai di peringkat orang ramai dan menyampaikan harapan rakyat dari kawasan yang mereka wakili, justeru dapat mengetengahkan pandangan dan idea baharu tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk melawan wabak ini.
Tujuan perbahasan parlimen, selain dari mematuhi kehendak perlembagaan, ialah untuk membolehkan pertimbangan yang menyeluruh dibuat tentang permasalahan yang dihadapi. Ia juga dapat memberi kredibiliti dan pengesahan terhadap pelbagai rancangan dan program tindakan, termasuklah mempertimbangkan persoalan penting samada Proklamasi Darurat atau apa-apa Ordinan Darurat yang telah dibuat itu harus ditamatkan ataupun diteruskan untuk suatu tempoh yang munasabah jika keadaan memerlukannya. Sidang Parlimen juga dapat mencadangkan penyesuaian dan perubahan yang perlu dibuat berdasarkan pelbagai komen dan kritikan membina yang diterima daripada ahli-ahli Parlimen, sama ada daripada pihak parti yang memerintah mahupun parti pembangkang di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Melalui proses Parlimen, dan dengan adanya sikap telus dan bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh jemaah menteri apabila menjawab soalan daripada ahli-ahli dewan, kesinisan dan teori konspirasi yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia dan warga negara lain tentang hasrat sebenar kerajaan akan berkurangan. Persidangan semula Parlimen akan membantu menghilangkan rasa curiga terhadap kerajaan supaya kita dapat bergerak sebagai sebuah negara yang bersatu hati dan memenangi perang melawan wabak Covid-19. Hanya Malaysia sahaja di dunia yang menggantung Parlimen dan perundangan Negeri dengan tujuan menangani wabak Covid 19.
Kami, G25 Malaysia, memohon dan menggesa rakyat Malaysia bersama kami untuk menandatangani petisyen ini, merayu dengan penuh harapan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menasihati Perdana Menteri untuk mengadakan sidang Parlimen dengan kadar segera.
Terima kasih.
--------
ENGLISH TRANSLATION:
PARLIAMENT NEEDS TO RECONVENE IMMEDIATELY
G25 expresses its full support to the growing public sentiment that despite the Proclamation of Emergency, the country is still facing a health crisis with a new surge in the number of Covid19 infections, hospitalisations and deaths. There is therefore a need for Parliament to be reconvened urgently to deliberate on the crisis and build a national consensus on the measures to be taken to protect the people and their future. Indeed, the Government is reminded that constitutionally, as mandated by Clause (3) of Article 150, following the Proclamation of Emergency, Parliament must be reconvened as soon as possible and the Emergency Proclamation and any Emergency Ordinance must be laid before Parliament for parliamentary scrutiny and approval. The oversight role of Parliament over the Executive during an Emergency, as envisaged by Article 150, must be respected.
In dealing with a crisis of this magnitude, which is unprecedented in our nation’s history, the Government needs to rally the people to be united in facing the hard decisions affecting their lives. This unity can only be realised if the elected representatives of the people i.e., the Members of Parliament are given the opportunity to speak their minds openly in the highest institution of Government, which is, Parliament. They can help to voice out the concerns on the ground and the expectations from their constituencies and thereby bring up new thoughts and ideas on what needs to be done in fighting the pandemic.
The purpose of a parliamentary debate, apart from duly complying with constitutional requirement, is to allow for a thorough deliberation of the problem and to give credibility and validity to the plans and action programmes, including considering the important question as to whether the Proclamation and the Emergency Ordinances should be brought to an end or should be extended for a further reasonable period if the circumstances so warranted. It is also to make the necessary adjustments and changes if there are constructive comments and criticisms from members of Parliament, both from the ruling party and the opposition in the Dewan Rakyat and Dewan Negara. Through the parliamentary process, and with the transparency and accountability of ministers answering questions from the floor, there will be less cynicism and conspiracy theories from Malaysians and foreigners about the government’s real intentions. By reconvening Parliament, this will go a long way towards removing the cloud of suspicion hanging over our government so that we can move as one nation to win the war against the Covid19 pandemic. Malaysia is also the only country in the world that has suspended its national Parliament and State legislatures for as long as it has to deal with the COVID-19 pandemic.
We, G25 Malaysia, call upon Malaysians to join us in signing this petition to beseech His Majesty Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, to advise the Prime Minister to reconvene Parliament with immediate effect.
Thank you.