PETISYEN MEMBANTAH PENYERTAAN PARTI GERAKAN KE DALAM PERIKATAN NASIONAL

The Issue
Parti Gerakan baru saja diterima menyertai Perikatan Nasional. Parti Gerakan merupakan sebuah parti yang tiada semangat setiakawan kerana sanggup meninggalkan BN yang selama ini memberi peluang mereka mentadbir Pulau Pinang walaupun tidak mempunyai kerusi majoriti. Hanya kerana BN kalah teruk dalam PRU 14, mereka memutuskan meninggalkan BN.
Presiden parti Gerakan ketika berjawatan Timbalan Presiden Gerakan pada tahun 2017 pernah mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati umat Islam di Malaysia apabila menyifatkan bahawa sekolah-sekolah agama (Islam) di Malaysia adalah ancaman sebenar kepada perpaduan di negara ini dan bukan sekolah vernakular. Walaupu beliau telah menarik balik balik kenyataan tersebut, kita percaya bahawa ia masih menjadi dasar kepada parti Gerakan di bawah kepimpinannya sekarang.
Pada tahun 2020, Kabinet Kerajaan PN telah meluluskan "Hari Jawi", namun Timbalan Presiden Gerakan iaitu Oh Tong Keong telah menyifatkan bahawa ia merupakan satu proses Islamisasi, menceroboh dan mencabar hak orang bukan Islam. Malah beliau turut menyelar PAS yang disifatkan sebagai "membelakangi dan melanggar semangat Perlembagaan, terus-menerus menggunakan kuasa kerajaan, mengambil kesempatan dan selangkah demi selangkah melaksanakan muslihat politik".
Terkini, hanya baru saja diluluskan menyertai PN, pemimpinnya di Kelantan telah mengeluarkan kenyataan untuk bertanding di kerusi Dun Kota Lama yang merupakan kubu tradisi PAS walaupun majoriti pengundi merupakan kalangan bukan Melayu. Ini menunjukkan niat sebenar mereka menyertai PN hanya untuk menjaga survival politik mereka sahaja.
Walaupun Perikatan Nasional mahu membuktikan bahawa ia sebuah gabungan parti berbilang bangsa dan agama, namun menerima parti Gerakan ke dalam PN hanya seperti memasang bom jangka yang bakal meletup apabila tiba masanya dan ia bakal merosakkan PN itu sendiri. Akhirnya yang untung adalah musuh dan parti yang sudah ditolak secara total oleh rakyat iaitu Gerakan.
Maka kami sebagai rakyat Malaysia yang bakal memberi undi kepada PN untuk kali pertama pada PRU 15 nanti menolak kemasukan parti Gerakan ke dalam PN dan kami juga berikrar tidak akan mengundi mana-mana kerusi yang ditandingi oleh Gerakan mewakili PN.

Petition Closed
Share this petition
The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 16 February 2021