KEMPEN MENDESAK SHAFIE APDAL MELETAK JAWATAN SEBAGAI KETUA MENTERI SABAH

0 have signed. Let’s get to 15,000!


Rakyat Sabah yang dikasihi. Bantu Kami!!! Kempen 100 Ribu Tandatangan Rakyat Sabah!!.

Sokong Petisyen Ini Dan Sebarkan Kepada Rakan Dan Rakyat Sabah Lainnya!!

Kami NGO BEBAS SUARA, hari ini melancarkan 100 ribu tandatangan kempen "Kami Mendesak Shafie Apdal Letak Jawatan Sebagai Ketua Menteri Sabah", ini adalah kerana kami berpandangan Shafie Apdal telah gagal sepenuhnya melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Menteri Sabah bagi pihak seluruh rakyat Sabah.

Umum mengetahui ketika ini rakyat Sabah sedang berhadapan dengan  banyak masalah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19. Masih ramai lagi rakyat Sabah yang mengadu ketiadaan makanan untuk dimakan selepas PKP dikuatkuasakan kira-kira 3 minggu yang lalu.
Kebanyakan rakyat Sabah yang terjejas adalah mereka yang bekerja secara bergaji harian, peniaga pasar malam, peniaga sayur , ikan, kueh mueh, berniaga atas talian (online) dan sebagainya.

Harus diingat kerajaan Sabah tertubuh kerana berpaksikan kepada aspirasi rakyat. Negeri Sabah adalah milik penuh seluruh warganegara anak-anak Sabah tanpa mengira Agama, bangsa dan fahaman politik. Sabah bukan dimiliki oleh Shafie Apdal, Peter Anthony atau Parti Warisan Sabah sebaliknya mereka hanya diberikan amanah oleh rakyat Sabah sebagai peneraju bagi pihak seluruh rakyat Sabah.

Persoalannya sekarang rakyat Sabah benar-benar dihimpit dalam keadaan kesusahan. Hampir setiap hari tanpa segan silu rakyat Sabah mengadu melalui laman sosial Facebook dan WhatsApp  mereka ketiadaan makanan untuk dimakan. Adalah menjadi tanggungjawab kepada kerajaan negeri Sabah untuk membantu rakyat Sabah.

Mengingatkan kembali selepas PKP dikuatkuasakan Shafie Apdal telah menghilangkan diri dan membiarkan rakyat Sabah terkapai-kapai bersendirian tanpa arah. Ironinya pada 25  Mac 2020 Shafie Apdal tampil  mengumumkan pakej bantuan Covid-19 sebanyak RM670 juta KONONNYA bagi membantu mengurangkan kesan negatif penularan COVID-19 kepada rakyat Sabah.

Namun realitinya wang yang diumumkan sebanyak RM670  juta adakah sampai kepada golongan sasar dikalangan rakyat Sabah yang mempunyai pendapatan kurang dari RM4000 sebulan. rakyat Sabah sudah tentu ada jawapannya.

Daripada RM670 juta peruntukan pakej itu pula yang lebih pelik lagi apabila Shafie telah mengumumkan pula RM200 juta ringgit daripada pakej tersebut akan diperuntukkan bagi tujuan pembangunan infrastruktur.  Dalam keadaan wabak yang sedang merebak, rakyat Sabah pula ketiadaan wang tunai bagi membeli makanan, Shafie telah bertindak "cukup bodoh" meluluskan pembangunan infrastruktur dengan membelakangkan kebajikan perut rakyat Sabah sendiri. Mana yang lebih penting sekarang buat jalan rosak atau mengisi perut rakyat. Bukankah Shafie telah membentangkan belanjawan 2020 negeri Sabah sebelum ini dimana telah dimasukkan peruntukan sekali pembangunan infrastruktur kenapa mesti dimasukkan selalu lagi peruntukan tambahan didalam pakej bantuan kewangan  Covid-19 untuk rakyat Sabah. 
Alangkah baiknya kalau peruntukan RM200 juta bagi tujuan pembangunan Infrastruktur tersebut digunakan untuk mewujudkan bank makanan bagi kegunaan seluruh rakyat Sabah dimana PKP akan memasuki fasa ke 3 pada minggu hadapan., sambil dipantau oleh pihak SPRM.

Yang lebih malang lagi untuk rekod daripada RM670 juta pakej bantuan Shafie Apdal hanya RM18 juta ringgit sahaja diperuntukkan untuk membeli makanan kering  bagi 60 dun di seluruh Sabah. Turut menghairankan malahan dipersoalkan oleh rakyat Sabah apabila wakil rakyat Parti Warisan sendiri telah mengesahkan hanya  RM100 ribu sahaja diperuntukkan kepada mereka bagi membeli makanan untuk 60 dun di seluruh Sabah. Ini bermakna jumlah bagi 60 dun hanya berjumlah RM6 juta. Persoalannya sekarang dimana baki wang sebanyak RM12 juta daripada RM18 juta yang diumumkan oleh Shafie berupa  pakej bantuan makanan kepada penduduk Kampung.

Dalam pada itu rakyat Sabah juga masih ramai  yang mengeluh sehingga kini mereka belum lagi mendapat apa-apa bantuan makanan walaupun telah mendaftar nama mereka melalui Pejabat Ahli Parlimen , Dun dan Parti Warisan, termasuk Parti UPKO, DAP dan PKR di bahagian-bahagian seluruh Sabah. Malahan aduan lain yang diterima nilai barangan yang sepatutnya diagihkan berharga RM100 berjumlah kurang dari RM50.

Dalam masa yang terdekat ini Shafie akan mengumumkan pula pakej tambahan bantuan Covid-19 untuk rakyat Sabah. Bantuan pakej pertama bernilai RM670 juta pun dilihat telah gagal pakej kedua pula akan diumumkan. Ini menunjukkan wang rakyat jelas telah dimanipulasi oleh Shafie Apdal.

HARUS DIINGAT KESEMUA WANG YANG DIUMUMKAN OLEH SHAFIE MELALUI PAKEJ BANTUAN COVID  YANG PERTAMA SEBANYAK RM670 JUTA TERSEBUT ADALAH SEPENUHNYA HAK MILIK SELURUH RAKYAT SABAH DAN RAKYAT SABAH INGIN MENGINGATKAN KEMBALI WANG TERSEBUT BUKAN MILIK SHAFIE APDAL, PETER ANTHONY, PARTI WARISAN, UPKO, PKR DAN DAP. RAKYAT SABAH BERHAK UNTUK MEMPERSOALKANNYA KERANA SABAH ADALAH HAK MUTLAK SELURUH RAKYAT SABAH!!!.

Rakyat Sabah secara umumnya amat bernasib baik kerana Kerajaan Perikatan Nasional telah membantu rakyat Sabah melalui pakej Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dimana hampir kesemua rakyat Sabah yang berpendapatan kurang dari RM4000 layak memohon bantuan sebanyak RM1600 manakala Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah akan diberikan RM800.

UMNO Sabah, BERSATU, Parti STAR, PBS temasuk Tan Sri Musa Aman dan NGO juga banyak membantu didalam pengagihan makanan kepada rakyat Sabah yang susah.

Kalau harapkan Shafie Apdal, Parti Warisan,PKR, UPKO dan DAP alamat mati kebuluranlah rakyat Sabah.

Mengimbau kembali apa jasa Shafie kepada rakyat Sabah selepas mengambil alih kerajaan melalui  wakil rakyat BN melompat  parti jawapannya amat mudah,  langsung tidak ada!!.

Sebaliknya sepanjang Shafie menjadi Ketua Menteri sepanjang dua tahun ini selain menjadi tukang rasmi projek dan membuat minyak masak yang mana harga minyak plastik subsidi lebih murah, rakyat Sabah hanya melihat kegagalan yang telah disumbangkan oleh Shafie.

Berikut adalah sebahagian kecil kegagalan Shafie:

1. Pertumbuhan KDNK Sabah telah jatuh menjunam pada kadar 1.5% setahun selepas Shafie menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah, sebelum ini untuk rekod pada tahun 2017 kadar pertumbuhan KDNK Sabah yang tertinggi di Malaysia iaitu  pada kadar 8.2 %. Mutakhir ini kadar pengangguran di Sabah juga semakin bertambah.

2. Mengubah tempoh lantikan TYT dari dua penggal bersamaan 8 tahun kepada tanpa had. Ini adalah kerana TYT telah membantu Shafie Apdal memujuk wakil rakyat BN untuk melompat Parti bagi menbolehkan Shafie menjadi Ketua Menteri Menteri selepas beberapa hari Tan Sri Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dihadapan TYT.

3. Belasan kampung setinggan terbakar (turut dipersoalkan dan yang agak menghairankan kebanyakan  mangsa rumah setinggan yang terbakar turut mengakibatkan my kad mangsa terbakar dalam masa yang sama tong gas, TV dan barangan lain dapat diselamatkan)

4. PSS ( Pas Sementara Sabah) untuk warga asing yang akhirnya dibatalkan oleh Shafie selepas Parti Warisan kalah PRK Kimanis.

5. Melantik Peter Anthony menjadi Menteri Pembangunan  Infrastruktur Sabah dimana hampir kesemua projek pembangunan diletakkan dibawah kementerian ini. Umum mengetahui Peter adalah seorang kontraktor lesen kelas 'A' dan turut dikenakan tahanan reman oleh SPRM melibatkan peuntukan KKLW 1.5 billion dan urusan pembelian yang bernilai RM155 juta ringgit. Kontraktor juga mengeluh hanya kroni sahaja diberikan projek.

6. Melantik Amarjit Singh sebagai Pengarah JPS dari kalangan orang awam dan kroni Shafie, Amarjit turut terlibat dengan kes rasuah membabitkan peruntukan KKLW 1.5 billion. Untuk rekod selepas Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee mencabar pelantikan Amarjit Mahkamah telah memutuskan sememangnya perlantikan Amarjit salah tetapi Shafie total berdegil mengarahkan Amarjit kekal bertugas.

7. Perlantikan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tauke balak kroni Shafie,

8. Melantik Jaujan Sambakong sebagai Timbalan Ketua Menteri dari Semporna seolah-olah sudah tidak ada lagi bangsa lain yang beragama Islam yang lebih layak di Sabah.

9 Melantik dan menyokong ramai lagi Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan di Sabah yang turut berasal dari Semporna.

10. Menghalalkan semula aktiviti pam bot yang mana salah sebab penculikan di Sabah berpunca meningkat.

11. Aktiviti bom ikan semakin menjadi-jadi malahan pelancong ada yang terbunuh terkena bom ikan.

12. Semporna digelar daerah terkotor di Malaysia oleh pelancong asing.

Justeru tidak ada cara lain melainkan seluruh rakyat Sabah seharusnya bangkit mendesak agar Shafie Apdal WAJIB meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah kerana  telah gagal sepenuhnya menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri Sabah bagi membantu rakyat di Sabah.

Ayuh rakyat Sabah BANGKIT!!!
TANDATANGAN PETISEN INI DAN SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DAN KELUARGA ANDA!!!