MANSUHKAN RM85 JUTA PERUNTUKAN JASA, DAN AGIHKAN KEPADA NEGERI LAIN, 50% KEPADA SABAH!

This petition had 1,762 supporters

The Issue

Sebagai negeri yang paling teruk dilanda wabak Covid-19 di negara ini, Sabah wajar diberi perhatian dengan peruntukan yang lebih besar bukan sahaja merangkumi bidang perubatan, tetapi pembangunan ekonomi dan pendidikan.

Kita mahu RM85 juta peruntukan kepada JASA (badan propaganda Kerajaan Persekutuan) dalam Belanjawan 2021 dimansuhkan. Tidak ada keperluan jika berbanding keadaan mendesak yang dihadapi  penduduk negeri Sabah.

Adalah wajar 50% atau RM42 juta diberikan kepada Sabah untuk tujuan produktif seperti kesihatan, ekonomi, pendidikan, telekomunikasi dan sebagainya bagi memulihkan semula semua aspek yang terkesan akibat pandemik ini.

Selebihnya peruntukan itu boleh diagihkan kepada negeri-negeri lain. Sebagai satu daripada tiga wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia, sesungguhnya Sabah berhak menuntut apa yang patut. 

The Decision Makers

PARLIMEN SIDANG DEWAN RAKYAT
PARLIMEN SIDANG DEWAN RAKYAT

Petition Updates