

Penduduk Taman Maluri meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa berkaitan kelulusan projek pembinaan sebuah pangsapuri servis (Platinum Mira @ Taman Maluri) di atas tanah rizab jalan di Jalan Jejaka 1, Lorong Peel di Kuala Lumpur.
Kita mahu SPRM menyiasat projek kondominium berkenaan kerana disyaki melibatkan salah guna kuasa dan penyelewangan semasa diluluskan. Kerana tanah itu dijual pada harga RM199 sekaki persegi, lebih murah daripada tanah bersebelahan dengannya iaitu RM350 sekaki perseki, antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pavilion Integrity Sdn Bhd (Pemaju). Transaksi harga ini agak mencurigakan.
Pembinaan kondominium 44 tingkat itu di atas tanah lot 810 milik kerajaan itu agak mencurigakan kerana diperuntukkan sebagai tanah rizab jalan (untuk membina Jalan Jejaka 1).
Jika tanah rizab jalan raya digunakan untuk pembinaan itu, tiada kawasan untuk pembinaan jalan raya pada masa akan datang, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas, khususnya di waktu puncak, masa, terutamanya masa ibu bapa datang membawa anak-anak pulang dari SMK Yaacob Latif atau pada waktu makan tengahari atau makan malam.
Kita bimbang dengan pembinaan kondominium ini akan menjejaskan kehidupan harian kira-kira 20,000 hingga 30,0000 penduduk setempat.
"Jika pembinaan ini diteruskan, ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan itu dan memaksa penduduk membuat pusingan lebih jauh untuk sampai ke kediaman masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar perkarangan SPRM selepas membuat laporan itu.
Selain itu, jarak bangunan yang berdekatan meningkatkan risiko kebakaran atau gempa bumi. Walaupun Malaysia pada masa ini bebas gempa bumi, kita tidak dapat meramalkan sebarang perubahan iklim.
Tambahan pula, Taman Maluri kini dibebani dengan pelbagai struktur bangunan, menghalang aliran udara dan mengakibatkan kekurangan ruang hijau semula jadi dan jalan sempit, yang menjejaskan begitu banyak komuniti di sini. Kita juga harus mengambil iktibar daripada kes Taman Pertama yang berlaku baru-baru ini, di mana pembinaan NEXUS Residences mengakibatkan rumah di sebelahnya runtuh.
Projek Platinum Mira Residences ini terletak di antara 19 tingkat Amaya Maluri Service Residence (423 unit rumah) dan 49 tingkat Lavile Service Residence (1,278 unit rumah). Bagaimana jika projek itu menyebabkan kerosakan struktur yang membawa kepada keruntuhan bangunan? Dan bagaimana jika salah satu bangunan terbakar? Kita perlu memikirkan keselamatan penduduk bagi setiap projek yang diluluskan.
Untuk maklumat lanjut mengenai kes Taman Pertama, rujuk: https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2022/05/24/ikram-to-investigate-retaining-wall-failure-in-collapse -of-taman-pertama-house.
Sebelum itu, sudah banyak laporan dibuat, namun tiada tindakan lanjut. Sila rujuk:
https://malaysiagazette.com/2017/10/12/ngo-dakwa-tanah-untuk-jalan-raya-bukan-kondo-mewah/
https://www.malaysiakini.com/news/443121
Maklumat kes mahkamah semasa:
https://smallpdf.com/file#s=c77871bf-51b6-4e05-b0e7-e20a9327b195
APDL:
Developer Name: Pavilion Integrity Sdn Bhd | Type of Property: Serviced Apartment | Developer’s License No: 19660/04-2027/0213(A) | Validity Period: 23/03/2022 – 18/04/2027 | Advertising Permit No: 19660-1/04-2023/0060(R)-(S) | Validity Period: 19/04/2022 – 18/04/2023 | Building Plan Approving Authority: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Reference No.: BPU3OSC20181255 | Land Tenure: Freehold | Encumbrances: CIMB Bank Berhad | Expected Date of Completion: Jan 2026 | Total Units: 698 | Selling Price: Min RM596,440.00 – Max RM1,070,940.00 | 5% Discount for Bumiputera.
Lokasi Google Map:
Laman web Pemaju: