

Pada waktu ini banyak maklum balas telah masuk. Cari Forum Pencarian Cari.my, Malaysiakini serta Utusan Online. Mereka mula membuat susulan tentang isu perpaduan kaum dan penghapusan sekolah vernakular.
Berbagai hujah telah dibangkitkan berkenaan perkara ini. Kita lihat pada definisi vernakular dan "social divide". Kemudian kita buat pengasingan elemen supaya kita lebih faham tentang isu ini.
Sistem vernakular di Malaysia adalah satu-satunya diamalkan didunia. Ia bermaksud, sekolah melayu menggunakan pengantar bahasa malaysia, sekolah cina menggunakan pengantar bahasa cina dan sekolah tamil menggunakan pengantar bahasa tamil.
Sekarang kita asingkan perkara kurikulum pembelajaran dalam penulisan ini. Ianya adalah dibawah kawalan Kementerian Pendidikan dan berubah mengikut keperluan zaman.
Kita lihat apa yang berlaku sepanjang berlakunya program sistem vernakular ini. Di sekolah melayu, yang kemudian menjadi sekolah kebangsaan, kita dapati majoriti pelajar adalah dari kalangan melayu. Terdapat juga bangsa lain dalam program sekolah kebangsaan, namun jumlahnya sedikit.
Begitu juga di sekolah cina. Tidak dinafikan ramai bangsa cina dan juga bangsa melayu dan india dalam program sekolah tersebut.
Jika dilihat pada sekolah tamil, progresnya tidaklah sehebat saingan antara sekolah kebangsaan dan sekolah cina.
Inilah yang dipanggil "social divide". Satu fakta yang tidak dapat dielakkan oleh sesiapa.
Dari sekolah lagi, majoriti rakyat malaysia telah dipecahkan mengikut kaum dan toleransi terhadap kaum semakin lama semakin pudar. Setelah 60 tahun buah-buah segregasi mula menampakkan hasil.
Pada tahun 2019 sahaja 10000 laporan polis telah dibuat di atas hinaan keatas perlembagaan, rukun negara, raja dan agama. Laporan polis ini melibatkan semua kaum samada kaum cina, melayu dan india.
Kemudian pula di peringkat menengah pula, terdapat juga segregasi yang ketara antara kaum terutama dalam bidang sukan contohnya, permainan bola dikuasai oleh kaum melayu dan india, sukan bola keranjang dan badminton dikuasai oleh kaum cina.
Di industri pula, terdapat segregasi kaum dari bidang ke bidang. Contohnya, peruncitan dan pembekalan runcit dikuasai oleh golongan cina, industri kecil dan sederhana dikuasai oleh golongan melayu dan perkhidmatan dikuasai oleh golongan india dan cina.
Teknologi baru sentiasa dibawa masuk tetapi "Teknologi transfer" tidak menampakkan hasil ketara kerana ada pihak yang lebih selesa teknologi itu tidak dikongsikan walaupun ianya adalah "public domain".
Terdapat juga, syarikat yang mengkhususkan bakal pekerja menguasai bahasa mandarin, pekerja muslim perlu membuka hijab jika hendak bekerja dalam sesuatu syarikat.
Bukankan itu semua "social divide" yang ramai tidak sedar atau pura-pura tidak sedar?
Perkara ini bukan baru, Sultan Johor telah menasihati dalam tahun 2016 supaya diadakan sekolah satu aliran. Tun Mahathir telah beberapa kali mencadangkan sekolah satu aliran, malah sekolah wawasan telah diwujudkan untuk mendapatkan transisi kepada sekolah satu aliran.
Namun masih ramai bangsa bukan melayu yang tidak fasih berbahasa malaysia walaupun lahir di Malaysia dan mempunyai IC biru.
Bagi yang memahami konsep rukun negara di kalangan graduan sekolah vernakular, tahniah. Tetapi masih ramai yang telah menyimpang jauh dan semakin jauh dari konsep rukun negara malah tidak mengiktiraf sistem pendidikan kebangsaan dengan sombongnya.
Toleransi masyarakat majoriti ada tahapnya. Apabila semakin terserlah segregasi kaum dan pemimpin masyarakat masih dalam "comfort zone" tentang perpaduan kini, maka pemimpin masyarakat melayu, cina dan india lah golongan pemalas dan bukannya rakyat.
Rakyat perlukan jaminan keselamatan untuk kehidupan harian dan pemimpin masyarakat gagal membendung segregasi daripada merebak dan merebak serta berjangkit dari satu peringkat masyarakat ke masyarakat yang lain. Pemimpin politik di Jerantut adalah contoh terkini, dimana beliau tidak dapat membezakan kedaulatan undang-undang dan politik. Tindakan ini meresahkan masyarakat, adakah sistem vernakular menghasilkan pemimpin politik yang waras?
Bayaran yang perlu diambil dari kealpaan ini adalah penghapusan sistem vernakular yang semakin ketinggalan zaman dan ramai yang menafikan yang negara semakin ketinggalan. Semakin sistem ini dipertahankan semakin kebelakang sistem sosial negara.
Petisyen ini akan sentiasa berjalan dan momentumnya akan sentiasa bergerak dan akan viral sehingga semua lapisan masyarakat sedar yang kesemua bangsa perlu bersatu untuk memajukan negara dan juga hak bumiputra perlu dihormati dan bumiputra juga perlu menghormati hak bukan bumiputra.
Tandatangan baru sentiasa masuk setiap minit buat masa ini yang mereka yang menandatangani petisyen ini adalah mereka yang inginkan Malaysia maju kedepan.
Setiap "action" ada "reaction"nya. Jika tidak melalui petisyen ini .. Petisyen atau usaha-usaha lain akan berlaku dan dimulakan oleh orang lain, samada kita suka atau tidak.
Kita maklum ada bangsa melayu, cina dan india yang sanggup berganding bahu bersama, tetapi golongan ini semakin menjadi "endangered species". Selebihnya cuma ingin "overwrite each other".
Iskandar, Labeyla
Gambar : Tv1