

Lima hari lalu, saya menyambung inisiatif untuk menyatukan sistem pendidikan negara yang telah dimulakan lama dahulu. Berbagai inisiatif sebelum ini menemui jalan buntu dan ada inisiatif yang masih dalam perdebatan.
Saya tidak menjangka sokongan mencapai jumlah sebanyak ini iaitu 67k dalam masa 5 hari. Beserta, maklum balas susulan dari utusan, malaysiakini serta susulan maklum balas dari beberapa universiti dan institusi pengajian tinggi.
Saya juga telah berbual dengan beberapa pegawai kanan institusi berkenaan isu ini dan mendapat maklum balas yang positif.
Sehubungan dengan itu, satu susunan draf memorandum sedang dalam pembikinan untuk diserahkan kepada Menteri Pendidikan dan Perdana Menteri selepas hari raya aidilfitri.
Sebanyak 1000 maklum balas telah dihantar kepada saya secara peribadi dalam bentuk positif dan juga yang negatif. Semua maklum balas yang diberikan sungguh produktif dan konstruktif. Yang negatif dan tak ada konten tu saya filter tepi dulu, tapi tak buang. Mungkin boleh diguna balik kemudian hari.
Sementara itu teruskan berkongsi petisyen ini sebanyaknya sehingga hari kemenangan kita meredah ramadhan yang penuh berkat.
Saya akan menyusun semua maklum balas yang diterima untuk dikongsikan untuk manfaat semua.
Semoga usaha yang sedikit ini dapat menjadi satu katalis kepada sesuatu yang lebih besar. Jika anda mempunyai sesuatu yang membolehkan satu katalis kepada penyatuan satu bangsa dalam medan pendidikan negara.
Penyatuan bangsa melalui pendidikan bukanlah sesuatu yang rasis tetapi untuk mendorong Malaysia untuk maju kedepan lagi.
Sekian
Iskandar, Labeyla