

Sehingga jam 6 petang ini cukup 48 jam berlalu dan jumlah yang menandatangai petisyen ini telah menjangkau 50K.
Lihat muka anak-anak kita dalam gambar. Adilkah kepada mereka, dikala mereka hendak berkawan, pemimpin & masyarakat memisahkan mereka melalui sistem vernakular dan lebih menyedihkan sistem Taiwan yang lebih dipandang tinggi berbanding sistem di Malaysia.
Apa yang hendak dibawakan untuk pemerhatian semua, kita inginkan generasi kehadapan ini belajar dari perangai buruk kita terutama yang suka melaungkan pengasingan budaya melalui kaedah sekolah vernakular.
Itulah yang menyebabkan Korea Selatan, Vietnam mendahului kita melalui teknologi pembuatan, dan perkembangan budaya. Jepun apa lagi mereka telah mencapai Society 5.0.
Perlukan kita mendengar lagi kata-kata perpecahan? Hinggakan permainan bolasepak pun kita masih tidak boleh memecahkan ranking ke 100. Korea Selatan telah pun berkali-kali masuk ke Piala Dunia.
Masihkan kita buta dengan apa yang terjadi diluar? Negara membangun apabila rakyat bersatu bukan bersegragasi melalui sekolah vernakular.
Hapuskan sistem vernakular, bunuh pemikiran yang mengganggu perkembangan budaya Malaysia. Tandatangan petition ini dah sharekan dengan lebih ramai lagi orang. Kita telah mencecah 50k tandatangan, mari kita tambah lagi supaya KPM dan JPM maklum, rakyat tak perlukan lagi sistem vernakular.
Sekian
Iskandar, Labeyla