Petition updateAbolish Vernacular School. One National School One UnityPetition Kita Telah Cecah 22k terkini
Iskandar HusseinBandar Baru Bangi, Malaysia
May 20, 2019

Terima kasih di atas sokongan anda.  Petisyen "Abolish Vernacular School. We only need one national school" telah mencecah 22k walaupun belum mencecah 48 jam. 

Saya bercadang untuk membawa petition ini ke perhatian Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perdana Menteri untuk dijadikan usul di dalam parlimen. 

Walaubagaimanapun, saya tidak boleh berjanji kerana, saya bukanlah seorang yang mempunyai pengaruh diparlimen ataupun dikalangan Ahli Parlimen.   Saya insan biasa seperti anda juga.

Tetapi yang jumlah petisyen yang banyak membolehkan pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perdana Menteri membuka mata terhadap perkara ini.   Lagi pun Tun Mahathir juga yang telah membangkitkan isu "Negara hanya boleh membangun dengan satu aliran pendidikan kebangsaan".

Oleh itu saya memohon bantuan anda untuk teruskan "share petition" ini sebanyak mungkin.  Adalah satu kejayaan jika kita boleh mencapai petition sebanyak 1 juta dalam masa 3 minggu ini.

Sekian, sekali lagi terima kasih daun keladi.

Iskandar Hussein, Labeyla.

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X