DR. ZAKIR NAIK HARUS DIBERIKAN KEWARGANEGARAAN MALAYSIA

0 have signed. Let’s get to 7,500!


Assalamu alaikum dan salam sejahtera.

Kami, sebagai rakyat Malaysia, menyokong penuh usaha murni untuk memberikan pendakwah antarabangsa Dr. Zakir Naik kewarganegaraan Malaysia yang sah dan beliau dilindungi oleh undang-undang negara dan diberikan segala hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini untuk mempertahankan beliau daripada terus dizalimi oleh kerajaan berhaluan kanan Hindutva di India yang sedang menindas umat Islam dan ingin memusnahkan karier dakwah beliau dengan pelbagai fitnah, pembohongan dan tuduhan palsu.

Semoga dengan diberikan kewarganegaraan di Malaysia beliau boleh terus menetap disini dengan aman dan selamat tanpa sebarang gangguan daripada kerajaan pelampau Hindu yang sedang berkuasa di India.

Mari kita sama-sama memberikan sokongan sepenuhnya kepada petisyen ini demi menegakkan keadilan dan kebenaran bagi pihak Dr. Zakir Naik.

 

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Tuntutan Demokrasi, Adil dan Saksama (DESAK) mahu kerajaan menjadikan Dr. Zakir Naik sebagai warganegara Malaysia.

Presidennya, Mejar (B) Datuk Wan Yusof Abdul Rahman berkata, sudah tiba masanya taraf penduduk tetap (PR) kepada pendakwah itu dinaikkan taraf.

Dalam pada itu, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana terus membenarkan Zakir tinggal di negara ini.

“Lebih daripada itu, kami mahu taraf PR beliau (Zakir) kepada warganegara memandangkan beliau antara atu-satunya Muslim di dunia mempunyai kepakaran dalam ilmu perbandingan agama.

“Malaysia amat bertuah mempunyai seorang insan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

https://malaysiagazette.com/blog/2019/08/23/jadikan-zakir-naik-warganegara-malaysia/