Pledge: Tak Nak Telur Penyu

0 have signed. Let’s get to 15,000!


[ENGLISH VERSION; VERSI BAHASA MALAYSIA DI BAWAH]

"Every egg counts. Everyone’s choice makes a difference"

Female turtles lay hundreds of eggs in a nesting season. However, not all the eggs will successfully hatch into hatchlings and become mature turtles to contribute back to the population. As sea turtles do not nurture their young, their eggs and hatchlings are susceptible to predation from the sky, on land and in water. Additionally, their survival is also challenged by human activities, such as sea turtle egg consumption. 

In the past, most of the coastal communities in Malaysia lived in remote, isolated villages and depended mainly on locally available natural resources. As an alternative source of protein, they consumed seasonally abundant sea turtle eggs. It must also be acknowledged that since the pre-colonial era, some extent of sea turtle egg trade had already existed though it was limited to a privileged few. However, according to our elders, egg collectors had always, by tradition, respectfully left half of the nest undisturbed to ensure the continuity of the sea turtle population, which they knew had a role to play in the universe too.

This scenario has now changed, thanks to rapid modernisation. Once remote and isolated, coastal communities became connected to towns and cities that allowed for the movement of more goods and services to and fro. As a result, the increasingly growing local population has been provided with more diverse and affordable food sources - they no longer needed to rely on natural resources such as sea turtle eggs for subsistence. 

However, increased rural-urban interconnectivity has created an opportunity to supply the sea turtle eggs to markets nationwide. In fact, sea turtles eggs even appear in online marketplaces and social media, making them no more than just another commodity. Thus, sea turtle eggs are now accessible to all of us, a commercially traded good, a choice, a delicacy. 

Nevertheless, no matter whether we once consumed sea turtle eggs for subsistence, or as a delicacy today, we are only adding pressure on an already endangered species. Their reported decline in population raises concern in our hearts. As Malaysians, we all share a responsibility towards the sea turtle. These charismatic, ancient marine reptiles are indisputably our natural heritage and part of our local culture - an inspiration to the imagination, beliefs; a historically essential protein source, an icon of our tourism industry; a symbolic national pride. 

Sea turtles are worth more alive than on our plates. You and I can individually make a choice to contribute to the sustainability of the Malaysian sea turtle population. They are our natural heritage, which we hope that our children, grandchildren and great grandchildren will also inherit. So let’s do what we know in our hearts to be the right thing to do and be a part of the solution, albeit one person at a time. 

Let’s take this pledge to say no to sea turtle egg consumption. Take this pledge to protect our sea turtles, our natural heritage. When the demand stops, the supply stops too. 

Share your pledge to encourage others to join the bandwagon. Just as every egg matters, every choice matters too.

Follow us on Instagram and Twitter for more information and updates throughout the virtual event of World Sea Turtle Day 2020: MYSeaturtle, MYHeritage.

#MYSeaturtleMYHeritage

#KitaJagaPenyuKita 

#TakNakTelurPenyu

#MySeaTurtles2020

[VERSI BAHASA MALAYSIA]

Ikrar: Tak Nak Telur Penyu

Ibu penyu menghasilkan ratusan telur pada satu musim bertelur. Namun, tidak semua telur akan berjaya menetas menjadi anak penyu dan penyu dewasa yang akan menyumbang semula kepada populasi penyu. Oleh kerana penyu tidak mengasuh anaknya, telur dan anak penyu terdedah kepada ancaman pemangsa dari daratan, lautan dan udara. Selain itu, kelangsungan hidup mereka juga diancam oleh aktiviti manusia, contohnya, telur penyu yang dimakan oleh manusia.

Pada masa lalu, sebahagian besar masyarakat pesisir pantai di Malaysia tinggal di kampung yang jauh terpencil, dan sangat bergantung kepada sumber semulajadi yang ada. Sebagai sumber protein alternatif, mereka memakan telur penyu yang banyak diperolehi ketika musim  penyu bertelur.

Kita akui bahawa sejak sebelum zaman penjajahan lagi, sudah ada perdagangan telur penyu tetapi ia terhad kepada sekumpulan yang kecil sahaja. Namun, menurut kata orang tua, pengumpul telur, secara tradisinya, meninggalkan sebahagian telur di sarang tanpa diganggu untuk memastikan kelangsungan populasi penyu, kerana mereka tahu penyu juga mempunyai peranannya di alam ini. 

Berkat pemodenan yang telah berlaku dengan pesat, keadaan ini telahpun berubah sekarang. Kampung pesisir pantai yang pada suatu masa jauh terpencil, kini telah terhubung dengan pekan dan bandar yang membolehkan pergerakan lebih banyak barang dan perkhidmatan diantara lokasi. Dari itu, bilangan penduduk tempatan yang semakin meningkat kini mempunyai lebih banyak pilihan sumber makanan yang segar dan dengan harga yang berpatutan - mereka tidak perlu lagi bergantung kepada sumber semula jadi seperti telur penyu.

Namun, peningkatan hubungan desa-bandar telah juga mewujudkan peluang untuk membekalkan telur penyu ke pasaran di seluruh negara. Malah, telur penyu telah muncul di pasaran dalam talian dan media sosial, menjadikannya tidak lebih dari sekadar satu komoditi semata-mata. Oleh itu, telur penyu kini dapat diakses oleh kita semua, sebagai barangan yang dijual secara komersial, sebagai satu pilihan, dan makanan istimewa.

Walaupun begitu, tidak kira sama ada kita pernah memakan telur penyu untuk hidup, atau sebagai makanan istimewa pada hari ini, kita hanya meningkatkan tekanan yang sudah sedia terhadap spesies yang terancam ini. Laporan tentang populasi penyu yang makin mengurang menimbulkan kebimbangan. Sebagai rakyat Malaysia, kita semua mempunyai tanggungjawab terhadap penyu. Reptilia laut purba yang berkarisma ini tidak dapat disangkal lagi adalah warisan semula jadi dan sebahagian daripada budaya tempatan kita - menjadi inspirasi kepada imaginasi dan kepercayaan; sumber protein yang penting dari segi sejarah; ikon industri pelancongan; simbol kebanggaan negara.

Penyu adalah lebih bernilai apabila hidup daripada di pinggan kita. Anda dan saya dapat membuat pilihan untuk menyumbang kepada kelestarian populasi penyu di Malaysia. Penyu adalah warisan semula jadi kita, yang kita harap akan dapat diwarisi oleh anak, cucu-cicit kita kelak. Oleh itu, marilah lakukan apa yang kita tahu benar di dalam hati kita supaya kita menjadi sebahagian daripada penyelesaian, walaupun seorang demi seorang pada satu masa. 

Marilah kita berikrar untuk tidak memakan telur penyu. Berikrarlah demi melindungi penyu, warisan semula jadi kita. Apabila tiada permintaan, bekalan juga akan terhenti. 

Kongsikan ikrar anda dan berikan galakan kepada orang lain untuk turut serta dengan ikrar ini. Bagaimana pentingnya sebiji telur penyu itu, begitulah pentingnya setiap pilihan yang kita lakukan.

Ikuti kami di Instagram dan Twitter untuk maklumat lanjut dan terkini sepanjang acara virtual Hari Penyu Sedunia 2020: PenyuKu, WarisanKu.

#MYSeaturtleMYHeritage

#KitaJagaPenyuKita

#TakNakTelurPenyu

#MySeaTurtles2020

[Photo Credits: Perhentian Turtle Project]