#HormatNyawa: Save Lives at Sea

0 have signed. Let’s get to 35,000!


(English text further below)

Pada 16 April 2020, Tentera Laut Malaysia telah mengarahkan sebuah bot yang membawa kira-kira 200 pelarian Rohingya untuk berpatah balik. Sehari sebelum itu, sebuah lagi bot yang tiba lebih awal di perairan Malaysia dan turut diarahkan supaya berpatah balik akhirnya dijumpai oleh pengawal pantai Bangladesh ketika ia memasuki perairan negara tersebut setelah hanyut di lautan luas selama berminggu-minggu. Ditemukan di dalam bot tersebut 382 pelarian Rohingya yang berada dalam keadaan kebuluran. Menurut laporan berita sekurang-kurangnya 60 orang daripada mereka meninggal dunia di atas bot tersebut kerana kekurangan air minuman, makanan dan juga ubat-ubatan.
 
Tindakan menghalang pelarian yang memerlukan perlindungan dan belas ehsan ini telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang turut terlibat di dalam memperparahkan lagi penderitaan pelarian Rohingya yang sudah sedia menderita dizalimi di tanah asal mereka.
 
Justeru, di atas rasa belas ehsan dan perikemanusiaan, kami menyeru Kerajaan Malaysia untuk membenarkan bot yang membawa pelarian yang diusir daripada tanah asal mereka ini memasuki perairan Malaysia. Kami juga memohon supaya Angkatan Tentera Udara dan Laut Malaysia melancarkan misi pencarian dan penyelamat untuk mengesan ratusan pelarian-pelarian yang dipercayai hilang di laut akibat daripada tindakan kerajaan Malaysia ini.  

Pada tahun 2015, dunia telah dikejutkan oleh sebuah foto menyayat hati Aylan Kurdi, seorang kanak-kanak Syria berusia dua tahun yang mati lemas. Tubuh anak kecil yang sudah tidak bernyawa itu ditemui terdampar di pesisir pantai Turki. 

Jika air mata kita tumpah dan perasaan kita bergetar membaca kisah Aylan Kurdi, bagaimana mungkin kita boleh membiarkan kejadian yang sama berulang-ulang kali berlaku di laut kita dan atas nama kita, Malaysia?

Rohingya bukan dengan rela hati mahu meninggalkan tanah asal mereka. Rohingya diusir dan dihalau daripada kediaman mereka di Myanmar. Warga Rohingya terpaksa melarikan diri daripada penyeksaan dan keganasan yang sangat mengerikan yang dilakukan oleh junta tentera Myanmar ke atas komuniti mereka. Pada tahun 2017, pasukan penyiasat daripada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melaporkan kejadian pembunuhan, penyeksaan, rogol dan rogol beramai-ramai yang dilakukan ke atas warga Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar. Berikutan dengan meletusnya suatu kejadian keganasan di wilayah tersebut, sekurang-kurangnya 6,700 warga Rohingya telah dibunuh termasuk 730 kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun. Menurut laporan PBB itu juga sebanyak 288 perkampungan Rohingya dibakar dan musnah. Sekarang ini, terdapat lebih daripada 800,000 Rohingya tinggal di kem pelarian di Bangladesh. Namun, Bangladesh sudah pun berhenti daripada menerima pelarian Rohingya sejak bulan Mac 2019.

Ini merupakan fakta dan realiti keadaan yang menimpa komuniti Rohingya. Sebelum berlakunya wabak COVID-19 ini lagi Rohingya sudah pun mengalami penderitaan hidup yang dahsyat akibat daripada penindasan dan seksaan yang mereka terima daripada junta tentera Myanmar. Justeru, kerana keadaan yang begitu parah dan terdesak menyebabkan mereka terpaksa mengambil risiko meninggalkan tanah asal mereka dan menaiki bot yang padat dengan manusia serta mengharung pula gelombang samudera yang merbahaya. Mereka tidak memilih untuk berada dalam situasi sebegini. Sebaliknya, semua yang berlaku adalah akibat daripada tindakan kerajaan dan junta tentera Myanmar yang melakukan penyeksaan dan membenarkan pula keganasan terjadi ke atas Rohingya. Situasi ini diparahkan lagi dengan wujudnya jaringan antarabangsa pemerdagangan manusia yang mengambil kesempatan memeras keuntungan daripada nasib yang menimpa komuniti Rohingya ini dengan menawarkan perjalanan untuk keluar daripada wilayah konflik melalui jalan laut yang berisiko dan merbahaya.

Di bawah undang-undang antarabangsa, sebarang kaedah menangani permasalahan kesihatan awam mestilah dilakukan dengan adil tanpa sebarang diskriminasi. Namun begitu, Malaysia sehingga sekarang masih belum menandatangani Konvensyen PBB Mengenai Status Pelarian 1951, Protokol PBB Mengenai Status Pelarian 1967, Konvensyen PBB Mengenai Orang Tak Bernegara 1954 atau Konvensyen PBB Mengenai Pengurangan Orang Tak Bernegara 1961. Bukan itu sahaja, Malaysia juga tidak membangunkan suatu dasar yang teratur dan menyeluruh bagi menangani pelarian secara bertanggungjawab dan manusiawi. Sebaliknya Malaysia mengelak dari menjalankan tanggungjawab ini dan menyerahkannya kepada badan antarabangsa seperti UNCHR yang secara undang-undang negara dan sejarahnya hanya mempunyai bidang kuasa dan keupayaan yang sangat terbatas untuk membantu komuniti pelarian di Malaysia. 
 
Apa yang kita perlukan untuk menangani krisis pelarian bot ini adalah perubahan sistem. Pegawai-pegawai kerajaan yang berkuasa dan bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kebajikan awam serta keselamatan negara wajib untuk menyediakan suatu penyelesaian yang tuntas di mana:

  1. Pertamanya, semua warga pelarian yang tiba di negara kita melalui bot perlu diasingkan, dikuarantin dan diberikan rawatan perubatan yang diluluskan serta diletakkan di bawah pengawasan dan layanan yang manusiawi.
  2. Keduanya, kami menyeru agar dilakukan dengan segera misi mencari dan menyelamat bot-bot yang hanyut di sekitar Laut Andaman dan Teluk Benggala akibat daripada tindakan kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan mereka masuk ke perairan negara. Adalah dipercayai ratusan pelarian-pelarian ini masih berada di dalam bot-bot tersebut dan dikhuatiri mereka berada di dalam keadaan kebuluran setelah berminggu-minggu hanyut di laut tanpa bekalan makanan yang mencukupi.
  3. Dan yang ketiga dan akhirnya, bersama dengan komuniti antarabangsa lain kerajaan Malaysia harus mengecam tindakan kerajaan negara asal pelarian ini yang telah melakukan kezaliman dan penyeksaan ke atas mereka; menghapuskan faktor-faktor yang menyebabkan pelarian-pelarian ini terpaksa melarikan diri dari tanah asal mereka; dan mengatur perjalanan yang selamat buat mereka ke negara-negara yang memberi hak perlindungan pelarian ke atas pelarian, atau menyediakan ruang dan memberi perlindungan kepada mereka di negara kita sendiri.

Berlawanan daripada persepsi yang biasa kita dengar, warga pelarian tidak boleh secara mudahnya dikecam sebagai pembawa beban kepada negara. Sebenarnya dalam diam, warga pelarian adalah antara penyumbang dalam beberapa industri penting negara yang turut membantu kepada perkembangan ekonomi Malaysia. Warga pelarian terlibat sebagai tenaga buruh khususnya dalam industri seperti pembinaan, perkilangan, perladangan dan borong. Mereka juga turut membantu ekonomi Malaysia sebagai pengguna atau konsumer yang membeli barangan-barangan Malaysia untuk kegunaan harian mereka.
 
Dari sudut ekonomi, sekiranya kerajaan Malaysia memberikan hak untuk bekerja secara sah kepada komuniti pelarian, negara Malaysia boleh memperbesarkan pasaran serta mampu untuk mengaut keuntungan sebanyak lebih kurang RM3 bilion daripada cukai yang dikutip dan juga perbelanjaan yang mereka lakukan sebagai pengguna. 
 
Dari sudut sosial pula, warga pelarian turut menyumbang secara positif juga, malahan di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ada di antara mereka yang turut sama menderma makanan hangat yang mereka masak sendiri kepada barisan hadapan atau frontliners kita. 
 
Tak dapat dinafikan, wabak COVID-19 ini sememangnya mengubah kehidupan kita semua. Namun buat komuniti yang sudah sedia terpinggir, susah dan miskin sejak sebelum COVID-19 ini lagi, situasi mereka kini adalah lebih parah dan sangat memprihatinkan. Meletakkan pelarian di dalam situasi yang membahayakan, yang boleh menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit, kebuluran dan kemungkinan kehilangan nyawa, adalah suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan. 
 
Tentunya kami menyokong usaha-usaha kerajaan Malaysia untuk membendung wabak COVID-19 ini daripada tular. Akan tetapi ia haruslah diseimbangkan tanpa mengorbankan nilai-nilai perikemanusiaan yang seharusnya kita berikan kepada mereka yang dizalimi dan diusir dari tanah asal mereka sendiri. Dengan kaedah kawalan yang tersusun, menyeluruh dan cermat kami yakin kerajaan Malaysia bukan sahaja mampu untuk mengawal penularan COVID-19 tetapi juga menyelamatkan nyawa manusia-manusia yang tidak bersalah.  
 
Kerajaan Malaysia dalam banyak kenyataannya sebelum ini mengatakan simpati dan prihatin ke atas nasib pelarian-pelarian Rohingya, namun tindakan menghalang dan mengusir bot-bot pelarian ini jelas bertentangan dengan kenyataan yang telah dikeluarkan itu.
 
Sila tandatangan petisyen ini untuk menyatakan pendirian bahawa kita tidak mahu sejarah mengingati Malaysia sebagai sebuah negara yang terlibat di dalam tindakan yang menambah derita pelarian-pelarian yang tak bersalah ini. Kita tidak mahu nama Malaysia tercemar sebagai negara yang mengusir mereka yang dizalimi. Pelarian di atas bot-bot yang tiba itu memang bukan warganegara Malaysia, akan tetapi nilai nyawa seorang manusia tidak seharusnya bergantung hanya kepada sekeping kertas yang dicop oleh pegawai imigresen. 
 
Nyawa seorang manusia adalah tidak ternilai. Selamatkan nyawa!
 
#hormatnyawa #kitajagasemua
 

(English)

We call upon the Malaysian government to allow refugee boats to enter Malaysian waters. Since the middle of April, Malaysia has turned away at least two boats collectively carrying about 600 Rohingya refugees; as a result, more than 60 people died on board due to the lack of fresh water, food and medicines. The latest report says 500 more are stranded in the Bay of Bengal after they have been refused entry by Malaysia; Bangladesh too is not letting them come ashore, arguing that it is taking a disproportionate share of responsibility over the refugee crisis, having already accepted an earlier boat that had been turned away by Malaysia.

This trend is set to continue, making us Malaysians complicit in human suffering. Aggressive military patrols to scare off refugee boats and the silence of our ASEAN partners suggest that many boats may be facing danger at sea. We call upon our air force and navy to launch search and rescue missions to help refugees in grave distress because of our government’s actions.

In 2015, the world was horrified by the image of Aylan Kurdi, the two-year-old Syrian boy who drowned off the coast of Turkey and whose lifeless body washed up on Turkey’s shore. If we shed tears for Aylan, how can we allow the same thing to happen in our seas and in our name, over and over again?

The Rohingya are fleeing documented government persecution and horrifying violence. In 2017, UN investigators reported rape, gang rape, torture, and killings in Rakhine state, Myanmar. At least 6,700 Rohingya were killed in the month immediately following the outbreak of violence, including at least 730 children under the age of five. 288 of their villages were destroyed. Currently, over 800,000 Rohingya live in overcrowded camps in Bangladesh, but Bangladesh has stopped accepting refugees as of March 2019.

This is a population that was already in grave danger of both persecution and disease before the pandemic. Only desperation would compel people to risk their lives traveling the sea on an overcrowded boat. They did not choose these circumstances; rather, all blame must be placed squarely on the governments that both actively oppress and enable oppression, as well as the international network of  human traffickers who play a role in arranging these unsafe passages by sea and profit off the refugee crisis.
 
Under international law, public health measures must be proportionate and non-discriminatory. However, Malaysia has never signed the 1951 Convention Relating to the Status of Refugees, the 1967 Protocol Relating to the Status of Refugees, the 1954 Convention Relating to the Status of Stateless Persons, or the 1961 Convention on the Reduction of Statelessness. Nor has Malaysia ever comprehensively developed domestic policies for the responsible treatment of refugees, instead shunting responsibility to international agencies such as the UNHCR whose capacity and jurisdiction over the refugee population in Malaysia has historically been very limited.
 
What we need is out of the hands of individual citizens, we need systemic change. Government officials in charge of health, welfare and national security must create a solution where:

  1. Firstly, we initiate, urgently, a search and rescue effort for similar boats in the Bay of Bengal and the Andaman Sea, in particular those already known to and turned away by the Malaysian coastguard;
  2. We isolate and quarantine refugees arriving by boat under humane, medically approved conditions; and ultimately
  3. Work with the international community to hold the culpable governments accountable, eradicate the push factors that cause refugees to attempt travel by sea, and to facilitate the refugees’ safe journey to a country that provides for their rights, or make space and provide rights for them within our own. 

Contrary to popular belief, refugees are not a simple burden on our nation. Refugees quietly contribute in a number of industries vital to Malaysia’s economic development, such as construction and manufacturing. They also contribute to our economy by buying Malaysian products. By granting its refugee population the legal right to work, Malaysia would gain RM3 billion in economic benefit through income tax and higher spending. Socially, refugees also participate positively, even providing warm meals to frontliners during the MCO.
 
The Covid-19 pandemic is changing all our lives, but for populations who were already impoverished and/or displaced before the pandemic, the situation has disproportionately worsened. Putting refugees at greater risk of serious illness and death is not a fair price for the protection of Malaysian citizens. Dozens of lives have already been lost, and turning further boats means complicity in more deaths. Although all governments need to maintain measures to slow the spread of the pandemic, we cannot be selfish. Malaysia claims to sympathise with the plight of the Rohingya, yet the actions of its government belie this claim.
 
Sign this petition to say we do not want history to remember Malaysia for condemning people to even more suffering. The refugees on boats aren’t Malaysian nationals, but the worth of a human life cannot depend on a passport. It is not citizenship that confers basic human rights; it is the fact of being human.
 
#hormatnyawa #kitajagasemua