USJ 11 Field & Community

USJ 11 Field & Community

USJ 11/1 Field (football, rugby field, flag football, volleyball and frisbee) is a public space where communities are formed and built upon a system where all ethnicity, religion, and background are welcome to enjoy the facilities together.
Our Background & System
A small community was formed in 2011 with one objective which was to repair and restore the field condition where the residents surrounding this area will be able to spend their evenings socializing, playing sports, or even providing a platform/space for the younger generations to flourish. This field also runs on an inclusive sharing system amongst the sports community to ensure a fair playing time for both parties:-
Football
Monday, Wednesday, Friday
Rugby
Tuesday, Thursdays, Saturday
American Flag Football
Saturday/Sunday
Frisbee
Saturday/Sunday
Why are we demanding a change?
Recently, USJ 11/1 field has been one of the top spots for private teams (non-residents/outsiders) to book & organize friendly matches, long-term tournaments, or leagues without the community's consensus or notice. It has also come to our understanding that the "PUBLIC FIELD" bookings are made through MBSJ and this result to a whole bunch of deprivations and dissatisfactions:-
a) Public fields should not be booked for long-term use and should not be using this as a monetization opportunity - as USJ 11/1 field users will be deprived from using the public amenities on a daily/weekly basis.
b) Outsiders who might not be aware of the SOPs that are set by the community (ie. MySejahtera Registration & Full Vaccination screening) may result to health and safety hazards for existing field users.
So, let's gather our support and bring forward this change to be an inclusive community where the majority's welfare is prioritized & protected.
========================
Latar Belakang dan Sistem Kami
Padang USJ 11/1 (bola sepak, ragbi, flag football, frisbee & bola tampar) adalah ruang awam di mana komuniti dibentuk dan dibina berdasarkan sistem di mana semua etnik, agama, dan latar belakang dipersilakan untuk menikmati kemudahan bersama.Sebuah komuniti kecil dibentuk pada tahun 2011 dengan suatu objektif iaitu memperbaiki dan memulihkan keadaan padang di mana penduduk di sekitar kawasan ini dapat meluangkan masa lapang mereka untuk bersosial, bersukan dan juga menyediakan suatu platform untuk generasi muda berkembang. Padang ini juga berjalan berdasarkan sistem perkongsian inklusif di antara komuniti kami untuk memastikan masa permainan yang adil antara kedua-dua pihak seperti yang berikut:
Bola Sepak
Isnin, Rabu, Jumaat
Ragbi
Selesa, Khamis, Sabtu
American Flag Football
Sabtu/Ahad
Frisbee
Sabtu/Ahad
Mengapa kita menuntut perubahan?
Sejak kebelakangan ini, padang lapangan USJ 11/1 telah menjadi salah satu tempat sasaran utama bagi pasukan-pasukan dan pihak-pihak swasta (organisasi/pasukan luar) untuk menempah dan mengatur perlawanan persahabatan, kejohanan jangka panjang, atau liga tanpa persetujuan atau notis kepada komuniti tempatan. Kami juga memahami bahawa tempahan "PADANG AWAM" dibuat melalui MBSJ dan ini mengakibatkan pelbagai ketidakpuasan dan kesulitan : -
a) Padang awam tidak boleh ditempah untuk penggunaan jangka panjang dan tidak boleh dijadikan sebagai peluang monetasi dan pengewangan- kerana pengguna padang lapangan USJ11/1 akan kehilangan hak dan peluang mereka untuk menggunakan kemudahan awam pada tiap hari/mingguan.
b) Pihak luar mungkin tidak sedar, mengetahui dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh komuniti bagi memastikan keselamatan penduduk. (Seperti: Pemeriksaan MySejahtera dan Pemeriksaan Vaksinasi Penuh). Keadaan ini boleh mengakibatkan risiko kesihatan dan keselamatan kepada pengguna lapangan yang sedia ada.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama kumpulkan sokongan dan kemukakan perubahan ini untuk menjadi komuniti inklusif di mana keselamatan dan kesejahteraan majoriti diutamakan dan dilindungi.