Klinik Kesihatan di Bandar Rimbayu

Klinik Kesihatan di Bandar Rimbayu
Why this petition matters

Bandar Rimbayu merupakan kawasan perbandaran terancang mampan. Terdapat beberapa projek perumahan dan kejiranan berhampiran seperti:
- Tropicana Aman
- Eco Sanctuary
- Gamuda twentyfive.7
- Bandar Saujana Putra
- Kota Kemuning
- Kg Bukit Lanchong
- dan kawasan-kawasan sekitar
Populasi penduduk makin bertambah dengan mendadak di Bandar ini. Walaubagaimanapun, perkhidmatan asas seperti jalan raya, sekolah awam, dan pengangkutan awam masih belum dilihat dalam perancangan masa terdekat. Antara perkara yang utama diperlukan adalah perkhidmatan kesihatan awam.
Kesemua penduduk di kawasan ini terpaksa bergantung kepada klinik-klinik swasta, atau ke Klinik Kesihatan Kerajaan terdekat iaitu:
- KK Bukit Naga (11.4 km)
- KK Jenjarom (13.3 km)
- KK Seksyen 19, Shah Alam (14.0 km)
- KK Banting (21.8 km)
Di mana tiada KK dalam lingkungan 10km ke bawah. Oleh kerana kedudukan strategik Bandar Rimbayu di tengah lokasi bandar-bandar lain, pembangunan sebuah Klinik Kesihatan kerajaan amat diharapkan bagi menampung keperluan penduduk yang bertambah dengan mendadak. Secara tidak langsung juga mengurangkan beban pesakit ke KK berdekatan yang sudah sedia penuh.
Klinik Kesihatan kerajaan dapat merangkumi pelbagai rawatan kesihatan seperti rawatan pesakit luar, penjagaan ibu dan anak, klinik pergigian, rawatan kecemasan serta rujukan ke hospital, dan banyak lagi. Sebagai rakyat Malaysia, perkhidmatan kesihatan 'universal' yang menyeluruh merupakan salah satu hak asas bagi membina komuniti dan warganegara yang sejahtera.
Melalui petisyen ini, diharap pihak MP Kuala Langat (YB DATO' AHMAD YUNUS HAIRI) dapat mengetengahkan perkara ini dengan pemaju-pemaju yang berkenaan seperti IJMLand, Tropicana, Gamuda Land dan berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat setempat.
-----------------------------------------------------
Bandar Rimbayu is advertised as a planned sustainable township. It is located adjacent to many neighborhoods and new townships:
- Tropicana Aman
- Eco Sanctuary
- Gamuda twentyfive.7
- Bandar Saujana Putra
- Kota Kemuning
- Kg Bukit Lanchong
- and surrounding areas
The township population is rapidly growing. However, basic infrastructure such as road accessibility, public schools, and public transport have not been observed in the recent short-term. Among the most urgent is a need for public healthcare facilities.
All the residents of these areas have no choice but to rely on private clinics, or travel to the nearest government health clinic:
- KK Bukit Naga (11.4 km)
- KK Jenjarom (13.3 km)
- KK Seksyen 19, Shah Alam (14.0 km)
- KK Banting (21.8 km)
Whereby there is none within a 10km radius. Since Bandar Rimbayu is strategically located central to other townships, the development of a government health clinic here is extremely necessary to accommodate the health needs generated by an expected population influx. This would also alleviate the patient load of other government clinics that currently are accepting patients from outside their area.
Government health clinics cover a range of services such as outpatient treatment, mother and child health, dental treatment, emergency management and hospital referrals, and many more. As a tax-paying Malaysian citizen, universal healthcare is a basic entitlement that would encourage healthy individuals as well as foster community well-being.
Through this petition, we hope our Kuala Langat MP (YB DATO' AHMAD YUNUS HAIRI) will highlight this demand to the relevant developers IJMLand, Tropicana, Gamuda Land as well as local stakeholders in order to fulfil the needs of the residents and overall community.