KENYATAAN MENGEJUTKAN DARI PENGARAH HRPZ BERKENAAN KES BULI DOKTOR JUNIOR

KENYATAAN MENGEJUTKAN DARI PENGARAH HRPZ BERKENAAN KES BULI DOKTOR JUNIOR
Baru- baru ini negara kita tergempar dengan berita seorang doktor junior bunuh diri di Hospital Pulau Pinang
Menurut laporan The Vibes, doktor berkenaan, yang identitinya dirahsiakan atas permintaan keluarganya, hanya sempat bertugas di hospital itu selama tiga minggu sebelum kematiannya.
Ia juga dipercayai disebabkan beberapa faktor, antaranya menanggung waktu pekerjaan yang tidak berperikemanusiaan dan kes buli oleh pegawai perubatan (MO) dan pakar.
Namun masih ada lagi pihak memandang remeh tentang isu ini dan menganggap doktor² junior ini "lemah"!!!
Antaranya adalah Pengarah HRPZ sendiri iaitu DATO DR SELASAWATI GHAZALI
Dengan kenyataannya di FB yang amat insensitif dan menghina keluarga mangsa!!
Kenyataan beliau "JIWA MEREKA SANGAT RAPUH... TIDAK SEKENTAL KITA"
Kami mohon Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan terhadap pengarah HRPZ sendiri ke atas kenyataannya!