Kami BANTAH Pas Sementara Diberi Kepada PTI

This petition had 1,057 supporters

The Issue

Kami, rakyat Original Sabah MEMBANTAH Pas Sementara diberi kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI).

Pemimpin-pemimpin Oroginal Sabahan Dr. Jeffrey Kitingan, Dr. Maximus Ongkili dan Yong Teck Lee sudah berkuasa.

Kami mendesak agar Dr. Jeffrey, Dr. Maximus dan Yong Teck Lee mempertahankan maruah dan hak-hak Sabahans.

Sebagai Rakyat Original Sabah, kami MEMBANTAH sekeras-kerasnya keputusan pengeluaran Pas Sementara kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah kerana:

  1. Rakyat tulen Sabah mahu kerajaan GRS menghantar balik PTI ke negara asal mereka.
  2. Pengeluaran Pas Sementara oleh GRS kepada PTI tidak akan menyelesaikan masalah kebanjiran PTI di negeri ini.
  3. Pengeluaran Pas Sementara akan menggalakan lebih ramai PTI masuk ke Sabah secara haram.
  4. Soal keselamatan negeri Sabah akan tergugat jika kebanjiran PTI ke negeri ini tidak dipantau dengan teliti.
  5. Kebanjiran PTI akan mengurangkan peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah.
  6. Kemungkinan Pas Sementara disalahguna sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan status Permastautin Tetap (Permanent Resident), ataupun kewarganegaraan Malaysia.

The Decision Makers

Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Persekutuan
Kerajaan SABAH
Kerajaan SABAH

Petition Updates