BANTAHAN INDUSTRI BERAT DI JENJAROM
The Issue
BANTAHAN SEBARANG INDUSTRI BERAT DAN INDUSTRI BERASASKAN BATERI DI KAMPUNG JENJAROM.
Seperti yang diketahui umum, Lot 13338 dan 2493 (PT 11758) Jalan Sukepi, Kampung Jenjarom dan kawasan sekitarnya adalah tapak untuk kegunaan industri ringan dan sederhana berteknologi tinggi. Sebelum ini sebuah syarikat pembuatan bateri asid plumbum (Leoch Accupower (M) Sdn. Bhd) telah menjalankan aktiviti peleburan plumbum dan kitar semula bateri. Kerajaan negeri Selangor telah mengambil keputusan untuk membatalkan lesen perniagaan syarikat tersebut sesuai dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 30/2019 bertarikh 16 Oktober 2019 dan MDKL/JPL/L. 1969 (SJ) Jilid 2 (4) bertarikh 16 Mac 2020.
Hasil daripada keputusan mesyuarat ini membuktikan industri berat dan industri berasaskan bateri tidak sesuai dijalankan di kawasan Kampung Jenjarom atau sebarang tapak yang berstatuskan industri kecil & sederhana.
Oleh itu, kami yang menandatangani petisyen bantahan ini membantah sekeras-kerasnya:
A. Kelulusan permohonan sebarang aktiviti perniagaan, perkilangan, pemprosesan berasaskan bateri atau sebarang industri berat di kawasan Kampung Jenjarom, Jalan Sukepi atau mana-mana tapak kegunaan industri kecil & sederhana berteknologi tinggi atau industri kecil & sederhana.
B. Sebarang pertukaran status kegunaan tapak/tanah dari industri kecil & sederhana berteknologi tinggi atau industri kecil & sederhana kepada industri berat.
C. Mana-mana syarikat yang memohon untuk menjalankan perniagaan atau perkilangan pemasangan bateri atau perniagaan berasaskan industri berat di Jalan Sukepi, Kampung Jenjarom.
D. Sebarang aktiviti perniagaan, pengeluaran, pembuatan, operasi pejabat dan penempatan hostel pekerja yang dibina di lot 13338 & 2493 (PT 11758) sesuai arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 30/2019 bertarikh 16 Oktober 2019 dan MDKL/JPL/L. 1969 (SJ) Jilid 2 (4) bertarikh 16 Mac 2020. atau mana-mana aktiviti melibatkan perniagaan.
E. Sebarang permohonan dan kelulusan perniagaan, perkilangan, penyimpanan atau gudang yang memberi risiko kesihatan kepada penduduk, pelajar sekolah dan pekerja syarikat itu sendiri.
F. Sebarang pembinaan kilang yang lokasinya berhampiran dengan penempatan manusia dan institusi pendidikan, rumah ibadah dan mana-mana premis sah serta industri yang tidak sesuai dengan kawasan perkampungan dan perumahan.
Kami membantah seperti perkara di atas demi kesejahteraan dan keselamatan kami, keluarga, generasi akan datang dan masyarakat setempat. Kami menandatangani petisyen bantahan ini dengan rela hati tanpa ada paksaan.
Kami juga percaya, sekiranya tiada sebarang aktiviti perniagaan yang berasaskan industri berat di kawasan Jenjarom, akan menjamin kesejahteraan penduduk sekitar serta kelestarian alam sekitar.

The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 28 November 2020