BANTAH TUKAR NAMA JALAN SERI CEMERLANG KEPADA JALAN HAJI CHENG HO

BANTAH TUKAR NAMA JALAN SERI CEMERLANG KEPADA JALAN HAJI CHENG HO
Why this petition matters

KEKALKAN NAMA SRI CEMERLANG !
CHENG HO TIADA KAITAN DENGAN KAMPUNG KAMI. TAK PERLU TUKAR NAMA JALAN DAN KAMPUNG KAMI KEPADA NAMA BARU JALAN HAJI CHENG HO!
Baru beberapa tahun lepas buat Pintu Gerbang Cheng Ho di Jalan Kebun Sultan yang memakan kos yang besar dan declare kawasan ini China Town tanpa memaklumkan kepada kami semua penduduk asal.
Tapi sekarang ni tukar nama jalan plak. Rasanya agak melampau dan kurang sesuai memandangkan Nama SRI CEMERLANG adalah Nama asal ISTANA SRI CEMERLANG tempat Almarhum Sultan Ibrahim bersemayam dan mangkat disini. Mungkin ramai generasi kini tidak tahu sejarah dan asal usulnya.
Di Sri Cemerlang juga adalah tempat berlaku banyak sejarah dan peristiwa besar. Antaranya peristiwa penentangan Malayan Union dari segi sejarah dihalaman Istana inilah tempat perhimpunan besar orang2 Melayu pada hujung April atau awal May tahun 1946 menyokong penuh Almarhum untuk tidak menandatangani perjanjian Malayan Union yang hendak dipaksa oleh penjajah British melalui wakilnya Harald McMcmichael. Bermula dari situlah bermulanya penentangan secara besar besaran orang Melayu tehadap penubuhan Malayan Union merebak ke Negri2 lain diSemenanjung. Malayan Union dimansuhkan pada tahun 1948 dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. The details can be found in the popular Malay newspapers then(now defunct) “Majlis “ and “Utusan Melayu” end of April and early May 1946.
Bila nama jalan ditukar, semua pemilik rumah dan penyewa premis dikawasan ini terpaksa menukar signboard, letterhead syarikat, rubberstamp dan pelbagai benda lagi yang pasti melibatkan kos! Ini satu pembaziran wang dan masa.
Kami bukan menolak pembangunan atau pembaruan. Cuma kami menolak usaha menukar Nama jalan yang sudah sebati dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Jika negeri lain sibuk memelihara sejarah dan warisan, kenapa kita sibuk memadamkan nya? Lagipun Nama CHENG HO langsung tiada kaitan dengan Sri Cemerlang.
KAMI MENGGESA AGAR NAMA JALAN SERI CEMERLANG DIKEKALKAN DAN TIDAK DITUKAR KEPADA JALAN HAJI CHENG HO. KERAJAAN TEMPATAN DAN KERAJAAN NEGERI HARUS CAKNA AKAN SENSITIVITI DAN SENTIMEN PENDUDUK ASAL SERI CEMERLANG DAN JALAN KEBUN SULTAN DAN CAKNA AKAN SEJARAH DAN SALASILAH KESULTANAN MELAYU DI KELANTAN.
Kepada semua yang bertanggungjawab, kami memohon agar dapat menandatangani petition yg sudah pun diedar di kawasan Seri Cemerlang dan Kebun Sultan. Jika tidak dapat boleh sign petition di Masjid An-Naim Seri Cemerlang.
Bagi yang mempunyai access internet, kami mohon jasa baik anda untuk menyokong petition online ini. Semoga segala urusan untuk mempertahankan hak penduduk setempat, bangsa dan agama dapat dipermudahkan.
Jutaan Terima Kasih.
Decision-Makers
- YDP MPKB-BRIMajlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar Raya Islam
- Kerajaan Negeri KelantanPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
- YAB Dato' Menteri Besar KelantanPejabat Menteri Besar Kelantan
- YB Ahli Parlimen Kota BharuPusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu P 21
- YB ADUN Kota LamaPusat Khidmat ADUN Kota Lama N.09