SKIM MYSTEP DITAMBAH BAIK TANPA SYARAT MEREPEK SEPERTI HAD UMUR DAN TEMPOH KONTRAK

SKIM MYSTEP DITAMBAH BAIK TANPA SYARAT MEREPEK SEPERTI HAD UMUR DAN TEMPOH KONTRAK

0 have signed. Let’s get to 200!
At 200 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Graduan Menganggur started this petition to Perdana Menteri Malaysia (Pejabat Perdana Menteri) and

Assalamualaikum w.b.t

Semua sedia maklum bahawa impak Covid 19 telah memberi kesan kepada kebanyakan sektor pekerjaan sejak dari tahun lepas lagi. Malah peningkatan kadar pengangguran turut bertambah. Laporan dari Perangkaan Malaysia pengangguran di kalangan graduan meningkat sebanyak 22.5%, iaitu 202,400 pada tahun 2020  berbanding 165,200 (2019). Kemungkinan besar  kadar tersebut akan terus meningkat pada suku pertama dan kedua tahun ini (2021).

Data diatas hanyalah sebagai petunjuk bahawa golongan seperti kami turut terkesan dengan impak musim pandemik ini. 

Pada tahun lepas kerajaan melalui kementerian kewangan telah meluluskan bantuan untuk golongan belia peruntukan sebanyak 700 juta dengan peluang pekerjaan sebanyak 50,000 dengan pecahan 35,000 dalam sektor awam dan 15,000 sektor GLC.

Skim kerja sementara yang di panggil MYSTEP My Short Term Employment telah memberi nafas sementara kepada graduan menganggur yang masih tercari cari pekerjaan yang sesuai ataupun masih belum mendapat pekerjaan walaupun kerja yang berstatus "Overqualified".

Pada dasarnya skim ini seakan skim Pekerja Sambilan Harian (PSH) sedia ada, dengan bayaran gaji mengikut hari bekerja.

Manakala MYSTEP ini boleh disebut sebagai penjenamaan semula dari skim PSH yang ada, dimana elaun dibayar sebanyak RM2,000 sebulan dan tiada elaun lebih masa. Personel MYSTEP bukanlah penjawat awam dan tidak tertakluk kepada Peraturan2 Pegawai Awam dan peraturan lain yang terkait, jadi tiada kenaikan pangkat dan manfaat seperti perjawatan tetap.

Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA, personel MYSTEP ditawarkan kontrak bekerja tidak kurang dari sebulan dan tidak lebih setahun sehingga 31 Disember 2021.

Kontrak yang ditawarkan juga selama 2 bulan, 3 bulan atau 6 bulan dan tidak lebih dari setahun tidak seperti skim kontrak kerajaan lain misalnya Contract of Service (CoS) yang menawarkan kontrak perkhidmatan dengan minima 1 tahun. 

Buat masa ni, manfaat yang ditawarkan dalam skim MYSTEP sekadar elaun bulanan dan potongan KWSP dan PERKESO sahaja. Kami menerima seadanya, "Tak ada rotan akar pun jadilah". Dari kami tidak bekerja, ini pun jadilah. Bersyukur dengan adanya bantuan ini. 

Walaubagaimanapun, dalam petisyen ini kami ingin memberi cadangan dalam peruntukan belanjawan 2022 kelak agar pihak kerajaan untuk menyemak semula seterusnya menambah baik skim ini agar kekal relevan dan mampu menjadi bantuan sementara kepada sebelum beroleh rezeki pekerjaan yang lebih baik :

1) Harapan agar skim MYSTEP ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang sebagai ganti skim PSH untuk kelayakan Diploma dan ke atas mengikut skim kontrak CoS seperti yang sedia ada dengan manfaat yang sama.

2) Kepada personel MYSTEP yang ditamatkan kontrak agar dapat dipertimbangkan untuk disambung semula kontrak mengikut keperluan dan kesesuaian perjawatan. 

3) Turut memperuntukkan elaun Covid-19 kepada personel MYSTEP yang ditugaskan dibawah Fasiliti Kesihatan KKM yang turut berisiko tinggi jangkitan virus, lebih-lebih lagi yang berada di PPV. 

4) Syarat UMUR yang tidak wajar sehingga 30 tahun sahaja yang ditetapkan sesetengah penyedia perjawatan MYSTEP, seperti GLC (Khazanah), perlu dikaji semula supaya dinaikkan sehingga 35 tahun atau 40 tahun kepada yang layak. 

Menjadi persoalan di sini, apakah justifikasi ampuh dan logiknya pihak berkaitan meletakkan syarat umur sehingga 30 tahun sahaja? Adakah graduan berumur lebih 30 tahun sudah tidak mampu bekerja ataupun kesemuanya sudah memiliki pekerjaan tetap dan stabil? Bahkan individu pada peringkat umur inilah komitmen mereka semakin meningkat dan sepatutnya turut juga diberi peluang dan lebih dibantu.

Justeru itu, kiranya skim ini dapat ditambah baik dengan tambahan manfaat seperti mana skim sedia ada (CoS), sekurang-kurangnya dapatlah memberi kelegaan sementara kepada kami.

Apapun, cadangan diatas ini tidaklah kelihatan berlebihan dan boleh menjejaskan kantong negara sehingga bankrap, jika dibandingkan dengan peruntukan elaun yang berjumlah ribuan ringgit kepada menteri-menteri, pegawai, kerajaan dan GLC berpangkat tinggi yang sudahpun bergaji tetap yang pastinya bukan RM2,000 sebulan. 

Kesukaran rakyat bekerja dan mencari pekerjaan ketika tempoh PKP dan musim pandemik ini perlulah diberi perhatian paling utama dari perkara lain. Sementelah personel MYSTEP yang ada bukanlah semuanya berstatus bujang, ada yang telah berumah tangga yang mempunyai komitmen perbelanjaan masing-masing.

Harapan kami agar, warkah/petisyen/cadangan ini diambil cakna dan peduli dari pihak YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam peruntukan belanjawan 2022 kelak.

Amiin Ya Allah. Rabbi yassir. 

0 have signed. Let’s get to 200!
At 200 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!