MENDESAK CAMPURTANGAN PIHAK BERWAJIB UNTUK MASA DEPAN ITBM

0 have signed. Let’s get to 5,000!


PETISYEN MENUNTUT SELAMATKAN INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA [ITBM]

ITBM merupakan sebuah syarikat berhad berkaitan kerajaan dan modal asas dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Pentadbiran ITBM diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

5 TUNTUTAN UNTUK KEADILAN ITBM

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami, Rakyat Malaysia yang prihatin terhadap pembangunan pendidikan dan perbukuan secara keseluruhannya, ingin merayu dan menggesa kepada semua pihak berkepentingan agar menyokong petisyen ini supaya ITBM boleh kembali beroperasi biasa dengan penambahbaikan yang munasabah. Berikut merupakan senarai tuntutan petisyen ini:

  1. Mendapatkan jaminan bahawa kakitangan lantikan sedia ada yang berkhidmat bersama ITBM mendapat hak, tuntutan dan kebajikan yang sewajarnya tertakluk pada peruntukan Akta Pekerja 1955 serta kelebihan-kelebihan lain yang ditawarkan majikan.
  2. Menyelamatkan ITBM dengan mendesak kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengekalkan fungsi penerbitan buku sastera dan terjemahan sebagai antara teras utama.
  3. Menolak sebarang usaha mengecilkan organisasi tanpa memberi peluang kepada ITBM menyusun semula operasinya dan memberi peluang kepada ITBM untuk membentang pelan perlaksanaan perniagaannya.
  4. Menyeru Kementerian Pendidikan Malaysia melindungi ITBM dengan memastikan Kementerian Kewangan memberi sokongan dana selama tiga tahun demi memastikan ITBM mampu berdikari selepas tempoh tersebut.
  5. Mendesak sokongan GLC dan agensi kerajaan menghulurkan bantuan segera dengan membeli buku dalam stok ITBM sebagai langkah segera membentuk aliran tunai ITBM.

PENUTUP

Sebagai warganegara yang prihatin, kami mengharapkan generasi semasa dan masa depan akan berterusan mendapat manfaat daripada kerja keras ITBM selama ini. Adalah juga diharapkan semua pihak yang berkepentingan memberikan maklum balas segera dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya demi kelangsungan hayat ITBM.

‘KEADILAN UNTUK ITBM’

Disediakan Oleh:
Warga Malaysia Yang Sayangkan ITBM