Hak dan Kebebasan Rakyat Untuk Bersuara (Dr. NurIlyani Mohamed Nawawi)

0 have signed. Let’s get to 500!


DIMANAKAH HAK RAKYAT UNTUK BERSUARA??

 

Heboh dunia siber apabila seorang doktor perubatan, Dr. NurIlyani Mohamed Nawawi berikutan ‘surat terbuka’ beliau kepada aktivis sosial, Datin Marina Mahathir, baru-baru ini. Di dalam posting itu, beliau dengan lantang dan tegasnya mengkritik tindakan yang mahukan hak kesamaan rata diberikan kepada golongan gay, lesbian, biseksual dan transgender (LGBT). Posting ini telah dimuat naikkan pada 6 Ogos yang lalu telah pun mendapat lebih 4,000 tanda sukadan 2,700 perkongsian di Facebook, namun telah ‘dipadamkan’ tidak lama kemudian dipercayai selepas menerima laporan puak liberal dan golongan LGBT.

 

Satu petisyen sebagai tanda solidariti kepada Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi, selepas heboh mengatakan beliau bakal dikenakan tindakan tatatertib, diwujudkan hari ini iaitu 11Ogos 2018. Sehingga jam 12.25 malam ini, 22,755 individu telah menandatangani petisyen berkenaan yang boleh diperoleh dengan melayari

https://www.gopetition.com/petitions/solidariti-buat-dr-ilyani.html

Petisyen ditujukan kepada Kerajaan Malaysia itu dibuka oleh Saudara Khairul Afnan Khalid, selepas ada ura-ura Dr Ilyani bakal dikenakan tindakan berikutan aduan pihak tertentu kepada Biru Pengaduan Awam. Dr Ilyani yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, sebelum ini menulis surat terbuka berdasarkan amalan danfakta perubatan berhubung isu lesbian, gay, biseksual dantransgender (LGBT).

 

Petisyen hari ini antara lain menyatakan:

 

1)“Kami menyatakan kebersamaan buat Dr Nur Ilyani atasdasar kebenaran. Setelah kenyataan beliau mendapat perhatian ramai, kini terdapat dua aduan di Biro Pengaduan Awam yang menggesa tindakan tatatertib ke atas beliau.

 

2)“Kami ingin tegaskan bahawa kenyataan beliau adalah benar, berasaskan kajian dan bukti serta amat penting untuk difahami oleh seluruh masyarakat. Oleh itu, demi masa hadapan yang sejahtera buat semua, kami menyatakan solidariti buat Dr Nur Ilyani.

 

3)“Kami dengan ini menyatakan solidariti kami bersama Dr Ilyani yang mewakili suara majoriti rakyat Malaysia untuk tidak mengiktiraf LGBT namun menyokong mereka perlu dibantu. Tindakan terhadap Dr Ilyani adalah tidak wajar dan usaha mengiktiraf LGBT akan memburukkan jangkitan HIV di Malaysia!”



Today: Vote For Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi is counting on you

Vote For Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi needs your help with “Kerajaan Malaysia”. Join Vote For Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi and 495 supporters today.