Naib Canselor UM, UPSI, UITM, UPM perlu letak jawatan atas KMM

Naib Canselor UM, UPSI, UITM, UPM perlu letak jawatan atas KMM

19,545 have signed. Let’s get to 25,000!
Started
Petition to
Kementerian Pendidikan Malaysia

Why this petition matters

Started by Naga Kavin Amuthan

Salam sejahtera para mahasiswa dan mahasiswi,

Seperti yang telah kita saksikan, Kongres Maruah Melayu telah tampilkan pelbagai idea bertujuan mengangkat martabat dan maruah Melayu. Sesungguhnya tidak menjadi masalah kepada penganjuran kongres berteraskan bangsa tetapi tidak seharusnya: 

1. Mengapikan sentimen perkauman : Apakah warganegara Malaysia dipisahkan Perlembagaan Persekutuan sehinggakan ada peserta yang mahukan pengecualian pembayaran PTPTN hanya diberikan kepada pelajar Melayu sahaja?

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/10/06/resolutions-on-five-areas-presented-at-malay-dignity-congress-but-pm-says-not-all-will-be-met

2. Apakah Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hanya bangsa tertentu boleh dijadikan orang yang boleh dipercayai? Ini berikutan resolusi untuk hanya orang Melayu/Bumiputra untuk diletakkan di portfolio-portfolio 'utama'.

https://www.google.com/url?sa=i&source=web&cd=&ved=2ahUKEwjvkaLgkIrlAhWt8HMBHeC8DXAQzPwBegQIARAC&url=http%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-malaysia%2Fkongres-mahu-pemegang-jawatan-tertinggi-malaysia-beraliran-ahli-sunnah-wal-jamaah-219343&psig=AOvVaw3iFun5Jkz1cWg-9C6fbmB-&ust=1570537098711642

3. Adakah kongres ini memperkudakan universiti-universiti awam untuk kepentingan politik rasis? Seperti yang dilontarkan bekas menteri pendidikan, apa tujuan UA menganjurkan kongres ini kerana tidak nampak mereka mempromosikan acara ini secara terbuka mahupun secara meluas. Tambahan pula, wujud dakwaan kehadiran mahasiswa ke program ini dikira sebagai kehadiran aktiviti kokurikulum. Jadi, adakah elemen paksaan dalam kehadiran mahasiswa ke program ini? 

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/09/30/why-are-public-universities-promoting-kongres-maruah-melayu-asks-umno-veep/1795602

Atas penganjuran program rasis yang membawa resolusi tidak berlandaskan perlembagaan persekutuan ini, kami mohon Naib Canselor - Naib Canselor UM, UITM, UPSI dan UPM letak jawatan kerana gagal membawa aspirasi mahasiswa yang inginkan perpaduan nasional dibentuk tanpa politik rasis.

Kami juga mohon Perlembagaan Persekutuan diajar dengan lebih mendalam di semua peringkat pendidikan dari sekolah hingga ke universiti agar rakyat tidak dimanipulasi ahli politik dan pihak tidak bertanggungjawab.

19,545 have signed. Let’s get to 25,000!