PORTAL ANTI ISLAM - MALAYMAIL ONLINE PERLU TUKAR NAMA

0 have signed. Let’s get to 7,500!


Portal Malaymail Online dikenali dengan pendirian editorial anti Islam melalui penyiaran artikel artikel sehingga mencetus reaksi negatif terhadap Islam termasuk menyiarkan pendirian kolumnisnya, Farouk A Peru, yang memperjuangkan agar Solat Jumaat ditukar ke hari Sabtu.

Terlalu kerap pendekatan Malaymail Online menyiarkan artikel artikel melalui tajuk kontroversi dengan yang terkini, memutarbelit kenyataan Persatuan Ulama Malaysia yang meminta jasa baik polis dan memohon perkenan YDP Agong bagi memberi nasihat mengenai kes Indira Ghandi.

Malaymail Online menggunakan tajuk "Berundur Dari Cari Bekas Suami Indira atau Akan Tercetus Keganasan, Ulama Beritahu Polis."

Walhal, kenyataan Persatuan Ulama Malaysia langsung tidak menggambarkan sedemikian sebaliknya ia dibuat secara matang dengan dimulakan dengan ayat, "Kami menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan semalam dalam kes Indira Ghandi vs Pengarah Jab Agama Islam Perak."

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN ULAMA MALAYSIA.

Baca sendiri betapa Malaymail Online memutarbelit kenyataan keseluruhan dengan memetik perkataan tertentu sebagai tajuk mereka.

Malaymail Online juga sering mencetus kemarahan dengan menggunakan platform yang sama memanipulasi pemikiran orang bukan Islam yang tidak memahami agama ini, bagi menghasut mereka membenci Islam.

Setakat ini, tiada langsung kekangan dari mana-mana pihak berkuasa terhadap portal Malaymail Online menyebabkan kita terfikir, adakah Malaymail Online lebih berkuasa dari ketenteraman awam dan kepentingan Islam di negara ini?

Malaymail Online tidak memerlukan sebarang permit penerbitan sebagaimana media cetak atau elektronik disebabkan tiada undang-undang khusus terhadap portal berita secara dalam talian dan ini menyebabkan ia bebas menggunakan tajuk-tajuk bersifat menghasut secara tidak langsung bagi mencetus kebencian terhadap Islam.

Malaymail Online bukanlah lidah kepada orang Melayu, di mana di negara ini, menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu.

Apabila Malaymail Online menggunakan tajuk tajuk berbahaya hingga mencetus kebencian terhadap Islam, ia menggambarkan ia sebagai lidah rasmi kepada orang Melayu berikutan penggunaan nama Malay pada identiti portal ini.

Ini perlu dihentikan kerana ia akan memberi gambaran yang salah kepada pembaca dan masyarakat.

Justeru, kita mendesak Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan mana-mana agensi berkaitan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan pengurusan atau pemilik Malaymail Online menggugurkan nama 'Malay' daripada portal mereka dengan segera bagi mengelak kekeliruan berterusan.

Selain itu, kita mendesak pihak berkuasa untuk mengambil usaha menggubal satu rang undang-undang khusus dalam memastikan tiada portal dalam talian menyalahgunakan kebebasan bersuara bagi mencetus kebencian terhadap Islam atau Melayu.

Ini berikutan Akta Hasutan sedia ada tidak mencukupi bagi tujuan berkenaan kerana pengkhususan terhadap operasi portal dalam talian tidak dikawal oleh mana-mana rang undang-undang khusus baginya termasuk mendapatkan permit atau pun lesen bagi beroperasi.

Ini sekaligus membuka ruang kepada penyebaran maklumat diputarbelit dan mereka mudah menggunakan tajuk mencetus kemarahan sebelum dipadam dan tiada kerugian atau liabiliti di pihak pemilik mahupun pengurusan portal dalam talian.

Pengkhususan rang undang-undang ini mampu mengekang kewujudan portal berita palsu dan mengganggu ketenteraman awam.

Tandatangan petisyen ini sebagai suara anda mendesak pihak berkuasa bertindak.

 



Today: Sabri is counting on you

Sabri Daniel needs your help with “Kementerian Dalam Negeri: PORTAL ANTI ISLAM - MALAYMAIL ONLINE PERLU TUKAR NAMA”. Join Sabri and 6,499 supporters today.