KEMBALIKAN SMK. KUNDASANG

KEMBALIKAN SMK. KUNDASANG

Started
8 January 2020
Petition to
JPN
Signatures: 2,420Next Goal: 2,500
Support now

Why this petition matters

Started by adrian shah

**PETISYEN INI BERTUJUAN UNTUK MENYOKONG PENGEMBALIAN SEKOLAH SMK KUNDASANG KE TAPAK ASAL SMK KUNDASANG IAITU DI KUNDASANG**

ISU SMK KUNDASANG 

1. SMK KUNDASANG diarahkan berpindah ke bekas tapak SMK Agama Ranau dan bekas tapak SMK Bundu Tuhan pada 29 Dec 2012 dengan alasan tapak asal tidak selamat.
2. Kementerian Pendidikan Malaysia berjanji akan membina SMK baru Kundasang di Masilau bernilai RM 43 juta dan siap dalam tempoh setahun tapi selepas 7 tahun masih belum bermula .

MASALAH DAN IMPLIKASI PEMINDAHAN KE SEKOLAH TUMPANG

1. Tapak tumpang di tapak lama SMK Agama Ranau berada lebih 15 Km dari tapak asal.
2. Kedudukan tapak yang jauh  menyebabkan kadar keciciran tinggi kerana ramai pelajar tidak ke sekolah disebabkan kos pengangkutan yang tinggi .
3. Seorang pelajar perlu belanja RM 180.00 sebulan hanya untuk kos pengangkutan , ramai ibubapa tidak mampu dan kos ini dijangka meningkat.
4. Walaupun terdapat asrama tapi tidak semua mahu tinggal di asrama .

TUNTUTAN

1. Sekiranya tapak sekolah tumpang boleh dibaiki kenapa tidak tapak asal SMK Kundasang .
2. Tuntutan SMK Kundasang dijadikan Sekolah harian tanpa asrama .

JUSTIFIKASI

1. Masih terdapat Zon Selamat yang boleh digunakan untuk pembelajaran.
2. Bangunan SMK Kundasang masih kekal kukuh walaupun selepas gempa bumi pada 5 Jun 2015.
3. Kerajaan masih membelanjakan RM 5000.00 sebulan untuk pembersihan kawasan SMK Kundasang atau RM 60,000.00 setahun .
4. Kerajaan juga menyediakan kawalan keselamatan di tapak asal dan ini juga adalah kos kerajaan yang merugikan sekiranya bangunan asal tidak digunakan.
5. Klinik Kesihatan Kundasang milik Kerajaan yang terletak berhampiran masih digunakan begitu juga Sekolah Agama Kundasang .


TINDAKAN MASYARAKAT KUNDASANG

1. Masyarakat Kundasang akan bersatu dan akan membuat apa sahaja usaha positif yang boleh mencapai misi Kembalikan SMK Kundasang.
2. Keputusan untuk mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut kembalikan SMK Kundasang sebagai azam kita bagi bagi memastikan kembalinya SMK Kundasang ke tapak asal .
3. Jika orang orang terdahulu sanggup berkorban dengan bergotong royong menyediakan sekolah demi pendidikan anak anak , kita juga akan memastikan anak anak kami mendapat pelajaran yang baik.
4. Sekiranya kerajaan dan kementerian merasakan tapak dan bangunan ini tidak boleh digunakan lagi , lebih baik kembalikan saja tanah ini untuk pembangunan yang lain.

HARAPAN

1. Kami amat berharap bantuan kementerian bagi memastikan anak anak Kundasang mendapat pendidikan yang terbaik .
2. Atas Harapan ini kita minta Kerajaan cari jalan terbaik mencari jalan membaik pulih tanah dan membina semua SMK Kundasang di tapak asal .

KESATUAN MASYARAKAT

Masyarakat perlu bersatu dan datang beramai ramai semasa Himpunan Aman sebagai bukti kita berusaha Demi Hak Pendidikan anak anak kita .


Japiril Suhaimin
Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak
9 Jan 2020.

Support now
Signatures: 2,420Next Goal: 2,500
Support now