Kembalikan Hospital Pengajar USIM (HPUSIM) ke Nilai — Untuk Rakyat Negeri Sembilan & Bakal
The Issue

YAB Perdana Menteri Malaysia · Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) · Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) · Kerajaan Persekutuan Malaysia
& Kerajaan Negeri Sembilan yang bakal dibentuk selepas 1 Ogos 2026
TUNTUTAN KEMBALIKAN HOSPITAL PENGAJAR USIM KE NILAI!
Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (HPUSIM) telah diperuntukkan kira-kira RM938 juta dalam Belanjawan 2024. Ia sepatutnya menjadi rumah latihan klinikal bagi pelajar perubatan USIM yang berpusat di Nilai, sekali gus sebuah kemudahan kesihatan yang amat dinanti rakyat Negeri Sembilan.
Namun, hospital ini kini dirancang dibina di Sedili, Kota Tinggi, Johor di hujung selatan semenanjung, jauh dari kampus induknya.
Kami menuntut agar ia dibina di tempat yang sepatutnya iaitu Nilai.
Semua orang tahu bahawa Tanah Tapak Pembinaan Hospital telah tersedia sekian lama.
Adalah tidak munasabah Fakulti Perubatan berada berjauhan dari Hospital Pengajar USIM (HPUSIM).
- Mobilisasi ini akan mengakibatkan ramai pensyarah berpengalaman dan yang telah tamat tempoh kontrak pasti akan melepaskan jawatan, kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarga.
- Pembaziran berterusan berlaku kerana 2 fakulti utama iaitu Perubatan dan Pergigian telah berada di USIM, Nilai
Fakulti perubatan dan hospital pengajarnya sepatutnya berdenyut sebagai satu badan yang sama. Pelajar berulang-alik antara dewan kuliah dan wad setiap hari, manakala pensyarah klinikal ialah pakar yang turut merawat pesakit di wad yang sama. Jarak yang jauh memutuskan hubungan ini dan melemahkan mutu latihan kebimbangan yang telah dibangkitkan secara terbuka oleh ahli akademik Fakulti Perubatan USIM sendiri.
Mutu latihan klinikal juga bergantung pada persekitaran hospital. Majlis Perubatan Malaysia menetapkan nisbah sekurang-kurangnya empat katil bagi setiap doktor pelatih serta kehadiran perkhidmatan kepakaran. Hospital daerah di Kota Tinggi tidak mempunyai perkhidmatan kepakaran tersebut, menyebabkan kes-kes kompleks dirujuk ke hospital lain dan pelajar kehilangan peluang belajar.
Sebaliknya, populasi Nilai yang mencecah lebih 119,000 orang hampir dua kali ganda Kota Tinggi menawarkan kepelbagaian kes yang jauh lebih kaya untuk pembelajaran, dan kedudukannya berdekatan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban menjadikannya lokasi paling strategik.
Rujukan: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/761968/pertimbang-bina-hospital-awam-di-nilai
Rakyat Nilai turut memerlukan hospital ini. Dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan kawasan perindustrian yang luas, Nilai masih tanpa sebuah hospital awam yang besar, memaksa penduduk bergerak jauh ke Seremban atau Selangor ketika kecemasan saat dan setiap minit menentukan nyawa.
Ini juga soal akauntabiliti. RM938 juta adalah wang rakyat. Memindahkan sebuah kemudahan yang berpaksikan keperluan USIM dan Negeri Sembilan ke negeri lain menimbulkan persoalan besar tentang keutamaan dan proses membuat keputusan.
Menjadi rekod umum bahawa dalam titah baginda, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berharap pembinaan Hospital USIM di Nilai dipertimbangkan dengan teliti kerana ia berpotensi memperkukuh perkhidmatan kesihatan negeri serta menyokong naik taraf dan peluasan Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Ini mencerminkan hasrat bersama seluruh rakyat negeri ini.
Rujukan: https://www.bernama.com/en/news.php?id=2512250
Justeru, kami menyeru Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk:
Membina Hospital Pengajar USIM di Nilai, Negeri Sembilan;
Memastikan ia memenuhi piawaian latihan klinikal Majlis Perubatan Malaysia;
dan Menyediakan akses kesihatan yang sewajarnya kepada rakyat Nilai dan sekitarnya.
Tandatangani petisyen ini.
Bantu kami kembalikan hospital ke Nilai!.

246

The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 19 July 2026