WE STAND WITH VERNACULAR SCHOOLS IN MALAYSIA

WE STAND WITH VERNACULAR SCHOOLS IN MALAYSIA
Why this petition matters

Menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan kebesaran dan kemuliaan yang dikurniakan Allah,Raja Segala Raja.
Assalamualaikum,Salam Sejahtera dan Vanakam
Ampun Tuanku,
Dengan segala hormat dan takzimya patik merafakkan sembah dan berdoa ke Hadrat Allah Subhanahu Wata'ala,Mudah Mudahan Tuanku Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam bimbingan, perlindungan,afiat dan kerahmatan dari Allah setiap masa dan berlanjutan sampai akhirat nanti.
Ampun Tuanku ,
MEMOHON SEMBAH MAKLUM PANDANGAN PATIK AKAN PERLUNYA TUANKU DIBERI KUASA UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP AHLI AHLI POLITIK
Daulat Tuanku!
Patik dengan Penuh Takzim menerusi warkah ini,ingin merafakkan sembah akan perjuangkan untuk perpaduan hamba hamba Rakyat Tuanku melalui Persatuan Harapan India Malaysia(PHIM) memartabatkan kedudukan Rakyat di Malaysia agar Negara Malaysia di hormati oleh semua Negara Negara asing sebagai Negara yang didiami berbilang bangsa dan kaum dengan aman dan damai yang hidup berharmoni.
Ampun Tuanku Beribu ribu ampun,sembah patik harap diampun.
Tuanku merupakan payung kepada semua saudara Melayu Islam dan kaum kaum lain selaku hamba hamba rakyat Tuanku menjunjung kasih Tuanku sebagai Raja kami.Rakyat di Malaysia sememangya terkenal dengan ketaatan dan kesetiaan terhadap Raja Raja dan berpegang teguh bahawa Tuanku merupakan Ketua Negara Malaysia.Justeru,bukan hanya Tuanku merupakan satu satunya ketua untuk saudara Melayu Islam malahan Ketua kepada semua Rakyat Malaysia.Tuanku merupakan satu satunya harapan Rakyat agar sistem pentadbiran di Negara tercinta ini sentiasa berpaksikan kebenaran dan tidak tersasar dari nilai perpaduan.
Ampun Tuanku beribu ribu ampun,sembah patik harap diampun,
Menurut sejarah Malaysia Sekolah Sekolah Vernakular seperti Sekolah Tamil dan Sekolah Cina telah wujud di Tanah Melayu semenjak Tahun 1816,dan pencapaian prestasi anak murid Sekolah Tamil amat membangakan dan mereka juga mengharumkan nama Tanah Malaysia di mata pentas dunia dengan memenangi beberapa anugerah dalam beberapa pertandingan antarabangsa.Selama ini tidak ada apa apa bantahan daripada Raja Raja Melayu tetapi pada masa kini beberapa Ahli Politik sering mengunakan atau membangkitkan isu Sekolah Vernakular sebagai satu bahan untuk meraih undi daripada Saudara Melayu yang merupakan majoriti dan memecah belahkan perpaduan antara kaum dan provokasi.
Ampun Tuanku,salah dan silap pembicaraan patik harap diampun.
Tidak seharusnya wujud ketegangan antara kaum di Malaysia di mana Rakyat Malaysia mempunyai hak masing masing untuk mendirikan Sekolah mengikut keturunan masing masing.Jika Malaysia ingin melaksanakan sistem pemerintahan yang adil dan saksama,maka sistem pemerintahan beraja adalah sistem yang paling sesuai untuk dilaksanakan pada masa sekarang.Maka sudah tiba masanya untuk kami Rakyat Malaysia memperbetulkan keadaan ini dengan menuntut agar Raja Perlembangan diberikan kuasa mentadbir Negara Malaysia dan mengambil tindakan atas mana mana Individu atau Organisasi atau Ahli Politik yang membangkitkan huru hara di Tanah Malaysia.Kami Rakyat Malaysia dan Persatuan Harapan India Malaysia berikrar akan menumpukan kesejahteraan dan keharmonian Negara Malaysia.Patik dengan ini mengakhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekali lagi mempersembah pohonan ampun atas apa apa jua kekhilafan patik menerusi warkah ini.
Payungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berserta Duli-Duli Raja-Raja seluruhnya ,akan meletakan negara ini kekal merdeka,berdaulat,aman,makmur, perpaduan dan diredhai Maha Pencipta.
Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan seluruh Kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya;
Mani Maran Manickam Pengerusi Persatuan Harapan India Malaysia(PHIM)