KAMI PENCARUM KWSP SELURUH MALAYSIA MENDESAK TENGKU ZAFRUL (MENTERI KEWANGAN) RESIGN!

Petition Closed

This petition had 28,289 supporters

The Issue

1. Tengku Zafrul (Menteri Kewangan) bukanlah dikalangan Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat maka beliau seolah-olah begitu bebas untuk tidak memperdulikan permintaan, rintihan dan rayuan rakyat yang sedang terhimpit dengan masalah kewangan yang meruncing

2. Alasan-alasan Tengku Zafrul (Menteri Kewangan) untuk menolak permintaan rakyat berkenaan pengeluaran KWSP teramat dangkal sedangkan terdapat beberapa jalan penyelesaian yang boleh dilaksanakan telah dikemukakan beberapa pihak melalui perbincangan dan debat-debat di media sosial yang semuanya ditolak mentah-mentah dan ini sangat mengecewakan rakyat

3. Tengku Zafrul (Menteri Kewangan) telah menafikan hak pencarum seperti yang termaktub dalam akta KWSP 1991 Seksyen 54 (k), (l), (m) yang membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan bagi maksud kelestarian hidup dan menambahkan pendapatan diwaktu pandemik.

4. Tengku Zafrul (Menteri Kewangan) jelas tidak mampu membawa Malaysia kemana-mana apabila berkata-kata  seolah-olah HANYA KWSP sebagai jalan jaminan meneruskan hidup di hari tua pencarum. ANDA BUKAN TUHAN

6. Rakyat yang dalam kesusahan sudah muak dan mual dan langsung tidak berminat mendengar alasan-alasan teknikal dan terma-terma ekonomi Tengku Zafrul (Menteri Kewangan) yang begitu gagal memahami kesusahan dan kepayahan rakyat yang terjejas akibat pandemik. Pulanglah ke jawatan hakiki anda kerana anda tiada kemampuan menguruskan hal rakyat.

7. Tengku Zafrul (Menteri Kewangan) telah membelakangkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDP Agong yang bertitah agar kerajaan 'HARGAI PANDANGAN DAN PENUHI KEPERLUAN RAKYAT' pada 13 November 2021 yang lalu

avatar of the starter
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja MalaysiaPetition Starter

The Decision Makers

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

Petition Updates