Kekalkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal Petugas Kesihatan KKM

0 have signed. Let’s get to 50,000!


Petisyen ini diwujudkan bagi membawa suara penjawat awam dalam sektor perkhidmatan kesihatan, seperti Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat berikutan isu penarikan semula Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) bagi anggota baru bermula pada 1 Januari 2020.

Isu ini akan memberi impak besar terhadap para petugas kesihatan yang baru bertugas dimana mereka akan terpaksa berhadapan dengan risiko-risiko terdedah kepada penyakit berbahaya dan boleh berjangkit selain daripada pelbagai risiko kecederaan dan kematian. 

Petugas Kesihatan wajar diberikan perhatian sewajarnya kerana menjadi aset penting didalam melaksanakan misi dan visi kerajaan memberikan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam secara berkesan. Selain itu, petugas- petugas kesihatan ini juga terpaksa berhadapan dengan risiko terdedah dengan wabak-wabak penyakit, dan kejadian-kejadian bencana yang boleh berlaku di Malaysia khususnya. 

Merujuk kepada Surat Pekeliling Bil. 17 Tahun 2007, Justifikasi bagi pemberian BIPK adalah:

Tahap kritikalnya sesuatu perkhidmatan akan berubah mengikut keadaan atau keperluan semasa. Oleh itu, Perkhidmatan Kritikal perlu dikaji semula setiap lima (5) tahun sama ada bagi mengekal atau menarik balik pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal berdasarkan kepada empat (4) kriteria yang telah ditetapkan 

iaitu:
(a) peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan
perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang telah
diberi keutamaan di bawah rancangan-rancangan pembangunan
negara;


(b) kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota
terlatih yang diperlukan, meliputi pertimbangan ke atas faktor-faktor
seperti kedudukan penawaran dan permintaan, kadar pusing ganti dan
kadar saraan di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan;


(c) kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari
segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kemahiran dan
bakat; dan


(d) keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-kesan
kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan
sistem waktu kerja yang digunakan.

Apa pandangan anda?

Jika anda bersetuju elaun ini dikekalkan, Bantu dan tandatangan petisyen ini agar isu ini dapat dibawa ke perhatian yang berwajib.

Presiden, 

KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SEMENANJUNG MALAYSIA