Penggantungan Hukuman Denda & Sabitan Kes SRC/Najib Wajib DiRayu & DiCabar Oleh AG/AGC
The Issue
Tajuk Petisyen: Petisyen Terhadap Peguam Negara/ Pendakwa Raya Untuk Merayu/Mencabar Penggantungan Hukuman Denda Dan Sabitan Terhadap Najib Razak di Dalam Kes SRC Serta Memberi Penjelasan Tuntas Kepada Rakyat melalui satu Kenyataan Rasmi :
1. Kami menuntut Peguam Negara / Pendakwaraya :
a) Merayu dan mencabar keputusan tambahan Mahkamah Rayuan terhadap Penggantungan Perlaksanaan Hukuman Denda dan Penggantungan Sabitan terhadap Najib Razak di dalam kes SRC sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan selesai, memandangkan seperti yang dilaporkan portal Malaysiakini bahawa Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul telah mengesahkan bahawa perintah penangguhan itu adalah ke atas sabitan dan hukuman, dan Rayuan ini wajib dilakukan dalam tempoh 14 hari (selewat-lewatnya 22 Disember 2021) setelah Mahkamah Rayuan membuat penghakiman pada 8 Disember 2021 yang lalu.
b) Secara tambahan untuk keluarkan satu Kenyataan Rasmi Peguam Negara / Pendakwa Raya untuk mengesahkan bahawa Rayuan itu dilakukan dalam tempoh masa yang diperlukan di bawah undang-undang, iaitu sebelum 22 Disember 2021.
2. Tuntutan di dalam Petisyen ini perlu diambil tindakan oleh Peguan Negara bagi tujuan meleraikan isu keperlembagaan dan perundangan yang berbangkit berdasarkan perbezaan pendapat pelbagai pihak berkaitan bahagian keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan yang telah membenarkan permohonan penggantungan Hukuman Denda berserta Sabitan oleh pihak pembela, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini pada 11 Disember 2021 ( https://www.malaysiakini.com/news/602634 ) dan pada 9 Disember 2021 ( https://www.malaysiakini.com/news/602399?fbclid=IwAR05k88UGT9kdi510vm0v1lAEQGROwAk7E5XVUZM-OsOho-ficJ3tP22VjU )
3. Kami juga berharap peruntukan undang-undang sedia ada tidak digunapakai secara “licik” oleh mana-mana pihak, untuk membenarkan Najib Razak bertanding di PRU 15 sekiranya ianya diadakan dalam tempoh proses rayuan di Mahkamah Persekutuan yang seterusnya cuma bakal menimbul isu dan polemik di dalam urus tadbir pilihanraya negara dan akan mengelirukan rakyat.
Piagam Rakyat
13 Disember 2021

Petition Closed

The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 13 December 2021