Hentikan Catuan Air Kepada Penduduk UCA2

This petition had 1,258 supporters

The Issue

Kami sebagai warga Penghuni Universiti Condo Apartment 2 (UCA2) di Kg Dambai, Jalan Tuaran Lama, Kota Kinabalu, Sabah. Menggesa pihak pengurusan dan pihak berwajib agar menghentikan catuan air kepada penduduk yang telah mengambil masa bermula sekitar bulan Jun 2021 sehingga kini September 2021.

Penduduk mengalami kesusahan dalam menjalankan kehidupan seharian akibat ketiadaan air dan terpaksa menyimpan air dalam kuantiti yang terhad.

Catuan bekalan air 2 kali sehari yang tidak menentu yang pada asalnya pada :

11 pagi - 5 petang; dan

11 malam - 5 pagi

Kini catuan telah menjadi lebih teruk kepada :

9 pagi - 8 malam; dan

9 malam - 6 pagi

Perkara ini sangat-sangatlah melampau bagi kami, lebih-lebih lagi jika berlaku sebarang kecemasan, seperti penduduk yang kena kuarantin di rumah, kebersihan merupakan perkara yang sangat penting bagi mereka. Ketiadaan air boleh memudaratkan keadaan, jika perkara ini berterusan sepanjang masa.

Kami menggesa pihak pengurusan dan pihak berwajib agar mendengar keluhan kami penduduk dan penyewa UCA2.

Bayaran bulanan kami tetap jelaskan, akan tetapi masalah ini seolah-olah tiada penyelesaian hingga ke penghujungnya. Penduduk sudah penat mendengar alasan yang sama berulang kali mengatakan air tidak dibekalkan kepada UCA2.

Tolong dengar luahan kami dan segera ambil tindakan.

avatar of the starter
Firdaus Abdul AzizPetition StarterDesigner Sabah

The Decision Makers

Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)
Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)

Petition Updates