HENTIKAN PROJEK KERJASAMA MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS DAN LBS BINA GROUP BERHAD

The Issue
Kami penduduk tempatan Cameron Highlands dengan kerjasama Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (REACH) membantah sekeras-kerasnya projek pembangunan oleh Casa Inspirasi Sdn Bhd, anak syarikat LBS Bina Holding Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Daerah Cameron Highlands. Projek ini akan di buat di atas tanah seluas 51.32 ekar (20.77 hektar) di sepanjang Route 59 bermula dari Time Tunnel Museum di Brinchang sehingga ke Kea Farm. Kawasan ini juga mempunyai kecerunan melebihi 35 darjah dan diklasifikasikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (Tahap 1) yang mempunyai risiko bencana yang tinggi jika tidak dipelihara.
Sekitar November 2021, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan inisiatif Sempadan Hijau "Green Bordering" sepanjang 1,087 km dan meliputi 54,350 hektar kawasan menurut titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Projek pembangunan ini bertentangan dengan titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang melibatkan pembangunan di kawasan rizab hutan simpan Ulu Bertam yang bersempadan dengan Mossy Forest. Ia juga merupakan kawasan tadahan air untuk Loji Air Brinchang yang mempunyai kapasiti 500,000 gallon/hari. Di kawasan itu juga terdapat sungai kelas I-II. Air sungai kelas I-II mempunyai spesis hidupan air yang sangat sensitif yang dikategorikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.
Hasil tinjauan REACH sekitar April 2021, di kawasan hutan ini terdapat tumbuh-tumbuhan dan mamalia yang unik seperti kambing gurun atau Serow, harimau kumbang atau black panther, musang atau Malayan Civet Cat dan Asian Golden Cat.
Pembangunan kawasan baru akan menyumbang kepada masalah lalu lintas yang lebih teruk di daerah Cameron Highlands.
Baru-baru ini, Cameron Highlands juga turut terkesan dengan cuaca hujan yang berterusan dan mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Cameron Highlands turut mengalami kejadian tanah runtuh dan banjir kilat.
Saban tahun, kawasan hutan diteroka oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk projek pembangunan yang nampaknya tiada kesudahan tanpa memikirkan kesan buruk terhadap ekosistem tempatan. Sampai bila kita mahu terus melihat kejadian-kejadian bencana alam berlaku?
Pembangunan di Cameron Highlands oleh pihak pemaju terlalu banyak sejak beberapa tahun ini. Projek-projek ini dibangunkan tanpa mengambil kira faktor lambakan bangunan-bangunan kosong yang hanya menguntungkan pemaju tetapi hakikatnya tidak didiami atau disewa oleh penduduk tempatan. Untuk apa wujudkan lagi bangunan komersil sedangkan bangunan sedia ada masih kosong tanpa penghuni? Majlis Daerah Cameron Highlands sebagai pihak berkuasa tempatan harus mengambil serius perkara ini sebelum meluluskan projek-projek pembangunan yang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.
Besar harapan kami penduduk Cameron Highlands untuk mengekalkan keindahan flora dan fauna dengan cuaca yang sejuk dan mendamaikan dengan sokongan semua pihak berkuasa. Kekalkan lah kehijauan Cameron Highlands dengan mengawal pembangunan yang akan merosakkan ekosistem dan landskap semulajadi Cameron Highlands yang menjadi daya tarikan sejak sekian lama.
Ayuh sama-sama sebagai rakyat Malaysia berganding bahu untuk membantah sekeras-kerasnya projek ini untuk memelihara hutan hujan tropika kita untuk dinikmati oleh generasi yang akan datang.
https://www.nst.com.my/news/nation/2021/11/742827/mb-pahang-approves-state-green-border-initiative
#SAVECAMERONHIGHLANDS #SAVEOURFOREST
#SAVEHUTANSIMPANKEKALULUBERTAM
Wakil Penduduk Tempatan Cameron Highlands dengan kerjasama Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (REACH)

6,031

The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 16 January 2022